Wednesday, February 24, 2016
Fitch Sahkan Penarafan Malaysia Pada ‘A-‘ Dengan Unjuran Stabil
Fitch Ratings hari ini mengesahkan Penarafan
Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang
Malaysia masing-masing kepada ‘A-‘ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.
Dalam satu kenyataan, agensi penarafan itu turut mengesahkan
penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia
pada ‘A’ dan had siling negara pada ‘A’ manakala IDR mata wang asing
jangka pendek pada ‘F2.’
Penarafan itu, kata Fitch, antara lainnya didorong oleh komitmen
kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta
pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment