Wednesday, February 24, 2016
Pembangkang Makin Terdesak Hingga Terpaksa Guna Anwar Untuk Terus Tagih Simpati
KUALA LUMPUR : Pakatan pembangkang kini dilihat ketandusan
pemimpin apabila terpaksa menggunakan pemimpin yang dalam penjara untuk
meraih sokongan dan simpati rakyat bagi menyokong perjuangan sia-sia
mereka.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah
berkata, pembangkang kini tidak ada ikon kerana pemimpin yang ada hanya
Anwar Ibrahim, berbeza sama sekali dengan Barisan Nasional yang ada
ramai pemimpin pelapis dan berwibawa untuk diketengahkan.
“Selepas Anwar Ibrahim masuk penjara, pembangkang kini berpecah dari
Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan, saya rasa dah tidak ada harapan
sekarang ini, kerana harapan mereka hanya pada Anwar Ibrahim.
“Pakatan pembangkang yang berlindung atas nama rakyat, sudah tidak
lagi mempunyai harapan, tidak mempunyai arah tuju kerana ikon yang
mereka ada hanya Anwar Ibrahim yang mampu menyatukan parti-parti dalam
pakatan pembangkang ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria
Muda Pemuda UMNO Malaysia.
Terdahulu, Briged Kesatria Muda dan Pertubuhan Suara Anak Muda
1Malaysia (SAM1M) telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar,
Azmin Ali dan akhbar Selangorkini yang telah menyalahgunakan dana rakyat
melalui penerbitan iklan-iklan billboard serta artikel dalam akhbar mengenai hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim.
Kerajaan Selangor dilihat telah membazirkan dana rakyat dalam
menaikkan papan-papan iklan di sekitar Selangor dengan mengeluarkan
kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan menghina keputusan institusi
perundangan dengan mengunakan dana rakyat Selangor bagi kepentingan
politik secara terang-terangan.
“Apakah pihak kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali menutup mata serta
memberikan kelulusan mengunakan wang rakyat serta pengaruh politik
dalam memberikan kelulusan daripada pihak kerajaan tempatan untuk
papan-papan iklan yang dilihat menghina keputusan mahkamah.
“Begitu juga akhbar rasmi Selangor iaitu Selangorkini telah memuatkan
artikel mengenai isu kes Anwar Ibrahim dengan memutar-belitkan fakta
bagi mengelirukan rakyat.
“Kami bantah Selangorkini menjenamakan pemenjaraan Anwar Ibrahim
sebagai “Tahanan Politik” sedangkan hakikat sebenar beliau didapati
bersalah dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan,” ujarnya kepada media
selepas membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Utama, pagi ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment