Wednesday, February 24, 2016

Mahathir Mahu Paksa Najib Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

https://dinmerican.files.wordpress.com/2014/10/mahathir-vs-najib.jpg
Strategi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kali ini adalah bagi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah Mahathir berjanji akan memaksa Najib untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Eshhh, kejam betul!! Kita boleh syak yang Mahathir akan melakukan perkara yang sama sebagaimana dia menggulingkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin juga lepas ni kalau perdana menteri lain yang naik, perkara sama akan berulang. Tidak mustahil lagi.

Entah siapa la yang paling layak jadi perdana menteri di mata Mahathir, mungkin anak dia kot!! Atau mungkin Mahathir nak singkir Najib sebab nak naikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.., betul tak?

Ohhhh, mungkin disebabkan itu Mahathir menyalahkan seratus peratus di atas kepala Najib, tindakan tersebut bagi menjahanamkan dan memburukkan Najib.., jadi senang sikit dia nak naikkan anak beranak dia.

Strategi Mahathir bermula dengan menuduh bahawa kerajaan tidak melaksanakan undang-undang dengan betul. Malah mewujudkan undang-undang baru  bagi melindungi sesetengah pihak.

“Undang-undang tidak dilaksanakan dengan betul, undang-undang baharu diwujudkan untuk sesuatu perkara lain tapi orang lain yang ditangkap” tuduh Mahathir.

Lebih mengejutkan, Mahathir langsung tidak mengaku bahawa dirinya telah menyalahgunakan undang-undang pada zaman pemerintahannya. Masih ingat akta ISA?? Lupakan korang bahawa Mahathir menggunakan akta ISA bagi menangkap individu yang mengkritiknya.

“Saya tahu ketika waktu saya, kita ada ISA tetapi saya tak guna ISA untuk menahan orang yang mengkritik saya” katanya.

Hahaa! Kelakar betul… Semua orang tahu la yang Mahathir gunakan ISA untuk menahan Anwar Ibrahim sebab mengkritiknya. Cuma bezanya dahulu tiada facebook dan aplikasi laman sosial, jadi kurang la mendapat perhatian. Jadi memang mudah la nak sembunyi segala kejahatan dan kejahilan yang dilakukan Mahathir.

Gara-gara tak mengaku dia guna ISA untuk tahan orang yang mengkritiknya, malah Mahathir menuduh individu yang ditahan di bawah akta ISA dahulu disebabkan mereka berbahaya dan memberi ancaman kepada negara. Ohhh, mungkin dorang pengganas kot noh.. Hahaha!

Sebab tu Mahathir beriya-iya menuduh Najib menggunakan undang-undang untuk menahan sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan. Mereka disoal dan dibicarakan… Padahal pihak berkuasa hanya menahan individu yang melakukan ancaman kepada negara. Beza okey, dengan tindakan Mahathir!

Konon Mahathir nak jadi hero yang selamatkan rakyat dan selamatkan negara dari kehancuran. Nak jaga nama negara untuk kekal pada reputasi terbaik… Ehhh, habis tu selama ni Najib buat apa?? Bukan jaga reputasi negara ka?? Mahathir ni dok rasa dia la pemimpin terulung, perasan lebih!

Malah menuduh Najib lah punca nama negara busuk sekarang ini… Mahathir turut memberi amaran bahawa lebih baik Najib letak jawatan dengan cara baik, sebelum dia melakukannya dengan cara keganasan, revolusi dan sebagainya.

Uihhhh.. Mahathir nak hantar pembunuh upahan ke?? Haha! Takpe la kita layan jela perangai Mahathir ni. Tengok sejauh mana ‘perjuangannya’ bersama macai-macainya yang lain. Mampu ke nak gulingkan Najib??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment