Tuesday, February 23, 2016

Ada Pekerja Cina Dalam Jabatan Kerajaan Pengintip Kepada DAP???

Adakah benar dakwaan bahawa pegawai berbangsa Cina dalam kerajaan merupakan pengintip kepada DAP? 

Sekiranya benar dakwaan ini maka ianya merupakan satu berita yang cukup membimbangkan kerajaan memandangkan kebanyakkan pegawai berbangsa Cina dalam jabatan kerajaan boleh dikatakan antara mereka yang memegang jawatan tinggi.
dap
Baru-baru ini Raja Petra Kamaruddin melalui portal Malaysia Today telah mendedahkan bahawa seorang pegawai wanita berbangsa Cina dalam jabatan Ketua Audit Negara merupakan seorang pengintip kepada DAP.

“Ia seolah-olah DAP mempunyai pengintip di pejabat Ketua Audit Negara, seorang wanita Cina, dan pegawai inilah yang menyeludup keluar laporan Ketua Audit Negara, bersama-sama dengan laporan juruaudit syarikat, dan menyerahkannya kepada DAP.
Mereka akan memutarkan cerita bahawa bukan hanya ada satu laporan Audit Negara, sebenarnya, beberapa variasi yang berbeza wujud dari laporan tersebut. Mereka akan mengatakan bahawa laporan Ketua Audit Negara yang akan ditunjukkan kepada orang ramai akan menjadi ‘positif’ manakala Laporan Ketua Audit Negara yang sebenar adalah ‘negatif’, yang disembunyikan dari pengetahuan umum.”

Kami benar-benar berharap agar ini sekadar kes terpencil dan tidak melibatkan pegawai-pegawai Cina dalam jabatan kerajaan yang lain. Kita perlu mengekalkan keharmonian diantara kaum dalam negara Malaysia yang majmuk ini.

Walaubagaimanapun, kami ingin juga menyentuh mengenai dakwaan Raja Petra bahawa DAP akan melakukan serangan baharu terhadap 1MDB dalam masa terdekat ini. Adakah DAP benar-benar akan menyerang Ketua Audit Negara?

Menurut sumber, Laporan Ketua Audit Negara akan dimuktamadkan namun sebelum ia dapat diselesaikan, DAP akan memberi salinan laporan ini kepada Sarawak Report. Kemudian mereka akan mengubahnya agar ianya memberikan gambaran negatif berkenaan 1MDB.

Setelah itu, Ketua Audit Negara akan dituduh sebagai penipu kononnya memberikan laporan salah sebagaimana mereka menuduh Peguam Negara sebelum ini.

Menurut Raja Petra lagi, perkara ini dilakukan oleh DAP agar rakyat tidak mempercayai laporan sebenar yang bakal dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara kelak dan mereka akan percaya kepada laporan palsu yang berunsur negatif yang telah “dibocorkan” oleh Sarawak Report.

Sekiranya benar segala dakwaan Raja Petra ini maka kami ingin menyeru rakyat agar menolak fitnah yang bakal disebarkan oleh DAP melalui Sarawak Report dalam masa terdekat ini. Tambahan pula, Sarawak Report telah berulangkali menyiarkan berita fitnah dan separuh fitnah dalam usaha mereka untuk memburukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment