Monday, February 22, 2016
Zaid, Khalid Terus 'Berperang' Bagi Kita Tak Usah Layan Si Zaid Ni !!
KUALA LUMPUR : Perang mulut antara bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan
Tan Sri Khalid Abu Bakar berterusan, dengan Zaid memberitahu Khalid
supaya 'berhenti daripada memaksanya mengeluarkan kenyataan'.
Ketua Polis Negara telah memberi amaran kepada Zaid berkaitan posting di
blognya di mana beliau telah memanggil satu pertemuan pada 27 Mac untuk
menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
Khalid dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Khalid telah menegur Zaid, dengan berkata bahawa sebagai seorang peguam,
beliau 'perlu tahu apa yang benar dan tidak dibenarkan' di bawah
Perlembagaan Persekutuan dalam perkara menukar Perdana Menteri.
"Dia akan berdepan undang-undang jika terus mahu mengadakan perhimpunan bulan depan," kata Khalid memberi amaran.
Sebagai tindak balas, Zaid, bekas menteri undang-undang telah meminta ketua polis supaya 'memahami bahasa Inggeris yang mudah'.
"Saya menulis dalam blog saya, 'marilah bersama-sama, marilah kita
bertemu dan meminta Najib, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk
meletak jawatan. Saya tidak pernah berkata tentang perhimpunan awam
untuk memaksa penyingkiran Najib. Jangan paksa saya mengeluarkan
kenyataan," kata Zaid ketika dihubungi, Ahad.
Beliau mengingatkan bahawa hak untuk berhimpun telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan meminta Khalid tidak memberi gambaran yang
salah tentang undang-undang.
"Jika Najib dan rakan-rakannya boleh berkumpul untuk mencium tangannya,
rakyat Malaysia yang lain juga boleh berkumpul untuk memberi pandangan
mereka terhadap Perdana Menteri. Hak keamanan sudah termaktub dalam
Perlembagaan.
"Jadi, saya tidak mahu Ketua Polis Negara untuk memberi gambaran yang
salah tentang undang-undang, tugas beliau adalah untuk mempertahankan
undang-undang. Beritahu dia bahawa dia tidak perlu bimbang, saya tidak
akan melanggar mana-mana undang-undang. Saya merayu kepada rakyat
Malaysia untuk bersama-sama, itu sahaja," katanya.
Zaid berkata, beliau menyeru pemimpin Malaysia - ahli politik,
kakitangan awam atau pemimpin agama - untuk berhimpun pada bulan depan
tetapi menegaskan bahawa beliau tidak dapat memastikan berapa besar
perhimpunan itu akan berlaku.
Zaid melalui posting di blognya baru-baru ini menggesa rakyat Malaysia
untuk menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang
telah menjadi pengkritik tegar Najib, dengan menghadiri perhimpunan pada
27 Mac di tempat-tempat belum ditentukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment