Tuesday, February 23, 2016
Peliwat Masuk Jel Setahun Pun Diraikan, Najib 40 Tahun Pulak Lagi…
Entah apa agaknya lagi masalah orang
pembangkang dengan sambutan 40 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak
berkecimpung dalam politik sehingga perkara itu masih dibincangkan
sehingga sekarang?
Dimanakah salah mengenang pembabitan Najib, undang-undang mana pulak yang dilanggar?
Alangkah penjenayah aka peliwat masuk
penjara genap setahun pun diraikan, Najib yang genap 40 tahun sebagai
Ahli Parlimen 21 Februari lepas tak boleh rai? Apa alasanlah, salah
tuduh ke apa tapi moralnya disitu dia penjenayah yang dah didapati
bersalah oleh Mahkamah, boleh rai dan sebagainya.
Yang Najib pulak jadi isu? Gila macam manakah ini?
Selain kepentingan dari segi politik
seperti yang diceritakan semalam, adalah penting untuk rakyat tahu
bahawa Perdana Menteri mereka adalah seorang yang berpengalaman dan
tidak mudah dikotak katikkan seperti mana dakwa beberapa pihak melalui
sambutan seperti ini.
Ramai orang tidak tahu bahawa Najib
adalah Perdana Menteri pertama yang pernah menjadi Menteri Besar. Tidak
ada siapa pun dari kalangan 5 Perdana Menteri sebelum beliau yang
pernah menjadi Menteri Besar – Najib adalah yang pertama.
Jadi mengetuai kerajaan ini bukan baru
pada Najib, beliau pernah mengetuai kerajaan Pahang dan sekarang beliau
mengetuai kerajaan Malaysia, pendek kata disitu, Najib berpengalaman
dalam selok belok pentadbiran. Nak bodoh-bodohkan beliau macam mana
pasal mentadbir?
Maka tak hairanlah kenapa negara kita
hari ini masih mampu mencatat pertumbuhan (5%) disebalik persekitaran
ekonomi yang lembap. ASB, Tabung Haji, ASB dan lain-lain, semuanya
mencatat keuntungan dan mampu membayar dividen kepada rakyat.
Yang dok kondem pun dapat hasil tau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment