Tuesday, February 23, 2016
Malaysia Muflis Kata Orang Tu, Tetapi KWSP Beri Dividen 6.4% Dengan Agihan Keseluruhan Tertinggi
Kalau ikutkan
pembangkang, Malaysia seharusnya muflis pada 2015 berdasarkan pengiraan
dan angka yang sering dikeluarkan oleh pakar-pakar ekonomi mereka.
Berbaur fitnah, tuduhan-tuduhan liar
mereka kini terbungkam lagi apabila KWSP mengumumkan pembayaran dividen
6.4% kepada pendeposit-pendeposit mereka. Bukan itu sahaja, pembayaran
dividen kali ini menyaksikan jumlah agihan keseluruhan yang meningkat
dan tertinggi setakat ini.
Melihat statistik tentang pembayaran
dividen oleh KWSP sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar dan
jumlah dividen yang dibayar sangat menggalakkan dan tidak menghampakan.
Suka atau tidak, kita perlu terima
hakikat bahawa semua ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri
Najib Razak, yang sering dihina dan digelar “bodoh ekonomi” oleh
pembangkang, termasuklah kumpulan pro mantan perdana menteri.
Apa yang lebih menjengkelkan
kumpulan-kumpulan anti-Najib, semakin mereka sawan tentang betapa
Perdana Menteri Najib Razak kononnya bakal menyebabkan Malaysia muflis,
semakin banyak pula pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia.
World Economic Forum menyaksikan
bagaimana Malaysia menduduki ranking yang baik dalam pelbagai sektor.
Malaysia juga berada di senarai 5 teratas sebagai negara paling sesuai
untuk persaraan. Malah, IMF baru-baru ini juga memberi penarafan yang
baik kepada perkembangan ekonomi negara.
Sudah menjadi modus operandi pembangkang,
untuk menyasarkan anak-anak fitnah ke atas hampir semua institusi
penting negara seperti Tabung Haji, JAKIM, MARA dan tidak ketinggalan
KWSP.
Secara terancang, hasrat mereka adalah
untuk mengikis kepercayaan rakyat ke atas institusi tersebut, sekaligus
bertujuan untuk memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.
Mujur sahaja pendeposit-pendeposit KWSP
tidak boleh mengeluarkan simpanan mereka seperti pendeposit Tabung Haji,
kalau tidak, tentu ada menerima nasib yang serupa iaitu tidak layak
mendapat dividen gara-gara terpengaruh dengan “bijak pandai” ekonomi
dari Pakatan Harapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment