Tuesday, February 23, 2016
Najib Yakin Ekonomi Negara Mampu Harungi Cabaran Global
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
terus mengulangi keyakinannya bahawa Malaysia dapat mengharungi cabaran
ekonomi global dan memastikan ekonomi kekal kukuh dan stabil pada
landasan yang tepat.
Katanya, negara telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus untuk tahun 2015 walaupun berdepan
keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.
Menerusi catatan terbaharu di blognya NajibRazak.com hari ini, Najib
berkata pencapaian ekonomi Malaysia tahun lalu itu meletakkannya di
antara yang terbaik di rantau ASEAN.
“Namun demikian, kita tidak harus leka tetapi sebaliknya perlu terus
mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan
rakyat agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara,”
katanya.
Khamis lepas, Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan mengumumkan
pertumbuhan KDNK tahun penuh 2015 sebanyak 5.0 peratus berbanding 6.0
peratus pada 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment