Wednesday, February 24, 2016

Rakyat Malaysia Memang Senang Kena ‘KENCING’

http://cdn.denaihati.com.my/wp-content/uploads/2014/09/gambar-suasana-dalam-KLIA2-1024x685.jpg
Bau 'hancing' satu Malaysia gara-gara penipuan dan maklumat tidak saheh yang disebarkan oleh seorang mamat di Facebook ini. Kononnya dapat maklumat dari ‘pihak’ orang dalam Kuala Lumpur International Airport (KLIA), mengesahkan bahawa sebahagian daripada 1.5 juta pendatang warga Bangladesh sudah sampai di Malaysia.

Habis kecoh satu Malaysia tak puas hati sebab kerajaan ‘kencing’, cakap nak bekukan pengambilan tapi tuptuppp pendatang asing penuh di KLIA. Berita palsu yang disebarkan oleh mamat Mohd Hafeezol Kasimi di laman sosial ini membuatkan netizen naik angin dengan kerajaan.

Apa yang hairannya, dia sendiri tidak pasti dengan berita tersebut, tetapi dia sendiri yang mengambil keputusan untuk sebarkan berita tidak saheh tersebut. Kebangangan apakah makluk sorang ni? Bodoh agaknya! Kalau dah tahu tak pasti kenapa sebarkan? Saja nak tambah dosa atau macam mana.

Yang tak tahan siap maki hamun kerajaan, dakwa kerajaan sengaja cakap nak bekukan pengambilan padahal itu semua cuma nak ambil hati, nak mengaburi mata rakyat. Ehhh, budak ni memang tolol kan.

Lepas tu siap dakwa di sempadan Thailand ada lagi 20,000 pendatang tengah tunggu giliran nak masuk Malaysia. Ehhh, maklumat bangang mana la yang dia dapat tu… Elok la orang Malaysia sendiri yang kencing orang Malaysia.. Hahaha, padan muka.

Cerita sebenar macam ni, gambar tersebut sebenarnya adalah satu proses saringan yang dilakukan oleh pasukan Pemantau Unit Penguatkuasa KLIA. Tindakan tersebut bagi mengekang kemasukan penumpang yang tidak mematuhi syarat sebagai seorang pelawat yang sah untuk masuk ke negara ini.

Ada juga diantara mereka yang sudah lama bekerja di Malaysia tetapi pulang bercuti di negara mereka sendiri. Jadi kiranya yang ramai-ramai tu baru habis dari cuti la, sebab tu datang kembali ke Malaysia. Ada faham??

Jadi jangan jadi bodoh dok percaya yang dorang ni adalah sebahagian daripada 1.5 juta warga Bangladesh yang baru di bawa masuk ke Malaysia. Rakyat Malaysia ni memang dungu kan?? Senang sangat percayakan khabar angin, lepas tu hentam kerajaan kat Facebook. Padahal korang sendiri tidak pasti dengan cerita tersebut. Tak takut dosa fitnah ke??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment