Tuesday, February 23, 2016
NGO Lynas, Rapid Pengerang Lesap Dalam Isu Kerakusan Tambak Laut Di Pulau Pinang
BUKIT BENDERA : Mana perginya NGO-NGO yang kononnya
memperjuangkan hal alam sekitar seperti anti Lynas dan NGO anti Rapid
Pengerang ketika isu kerakusan penambakan laut di Pulau Pinang yang
dikatakan bakal merosakkan alam sekitar sekaligus menutup periuk nasi
para nelayan sibuk diperkatakan.
Persoalan ini dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang,
Rafizal Abdul Rahim yang jelas kecewa apabila aktivis-aktivis pejuang
alam sekitar ini yang seakan lesap sedangkan sebelum ini berlagak umpama
“hero pejuang” rakyat.
Soalnya apakah kerana isu tambak laut itu berlaku di negeri kerajaan
Dap maka mereka seperti menutup mata dan memekakkan telinga?
Beliau
turut menyelar sikap Dap yang sebelum ini begitu lantang menjadi tulang
belakang kepada domonstrasi membantah projek Lynas kononnya parti itu
ambil peduli hal alam sekitar tetapi mengapa di negeri yang mereka
menjadi pentadbirnya, perkara ini tidak diendahkan.
“Ramai yang mengetahui bahawa projek ini bakal menyebabkan kerosakan
alam sekitar kerana itulah penduduk di sekitar membantah tetapi Dap
terus berdegil untuk meneruskannya atas alasan inilah kaedah terbaik
untuk mencari modal bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan negeri
yang menelan kos RM27 bilion.
“Sikap Dap yang sering berubah wajah ibarat sesumpah maka tidak hairanlah NGO-NGO tajaan mereka juga seperti itu.
“Bila ada kepentingan politik untuk diri mereka maka isu alam sekitar
akan dijulang begitu tinggi tetapi jika ia mendatangkan keuntungan
peribadi mereka maka tidak mengapa kalau memusnahkan alam sekitar.
“Maka saya menyeru dan mendesak para aktivis pejuang alam sekitar
agar membuka mata dan datang melihat sendiri kesan akibat daripada
tambakan laut ini,” ujarnya kepada media.
Projek tambak laut yang akan dilaksanakan di Permatang Damar Laut
dekat Batu Maung di sini dibantah penduduk kerana ia boleh menjejaskan
alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan pantai di kawasan itu.
Malah ia dibimbangi akan menjadi punca kemusnahan kepada sumber ikan
di negeri ini sekaligus dijangkakan bakal menyebabkan Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) menanggung kerugian RM4 juta setahun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment