Tuesday, February 23, 2016
Padan Mukanya Selama Ini Buat Fitnah Memanjang Kerjanya...... Akhir Partinya Bawa Masalah... Rafizi Nasihat Guan Eng Dan Azmin Berhenti Bertelagah
PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan bertemu dan berbincang
bagi menyelesaikan masalah yang wujud daripada bertelagah secara
terbuka, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
"Apa saja perbezaan yang wujud antara mereka, kita perlu memikirkan
sensitiviti orang ramai yang kecewa (dengan pertelingkahan ini).
"Saya fikir, lebih baik kita selesaikan secara tertutup dan saya percaya
Guan Eng akan memberikan kami peluang untuk berbincang secara
peribadi," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Rafizi memberitahu, PKR akan menghantar surat rasmi kepada pejabat Guan
Eng berikutan keputusannya untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Minggu lalu, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga Cheah
Kah Peng telah dikeluarkan sebagai pengarah daripada dua GLC Pulau
Pinang selepas mereka bertindak berkecuali daripada mengundi usul
penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional di Dewan Undangan
Negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment