Tuesday, February 23, 2016
Tak Hairanlah... Ini Wayang Belaka Tu.... Pecat Dua ADUN Dari GLC, Hubungan PKR-DAP Tegang
KLANG : Keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mempertahankan dua
wakil rakyatnya di Pulau Pinang berhubung tindakan Ketua Menteri Lim
Guan Eng terhadap mereka mungkin bakal menjadi permulaan kepada satu
kejatuhan serius hubungan parti itu dan DAP.
Pensyarah dan penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia (USM)
Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata deklarasi terbuka Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu akan menyokong wakil
rakyatnya juga merupakan petunjuk kepada masalah.
"Ia adalah konfrontasi langsung oleh Azmin dan ini boleh membawa kepada
masalah yang serius antara kedua-dua parti," kata Dr Sivamurugan,
Selasa.
Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng, yang merupakan Adun Bukit Tengah dan
Kebun Bunga, telah disingkir keluar daripada kedudukan mereka dalam
syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana tidak
mengundi menentang usul Umno semasa sidang Dewan Undangan negeri (Dun),
akhir tahun lepas.
Umno telah membentangkan usul untuk menghentikan semua projek-projek penambakan kerajaan di pulau itu.
Menurut Dr Sivamurugan, apa yang telah dilakukan Guan Eng adalah untuk
menunjukkan kuasa politiknya bahawa beliau boleh menyingkirkan sesiapa
sahaja yang tidak bersetuju dengannya.
"Daripada menghormati perjanjian perkongsian kuasa antara rakan-rakan
dalam Pakatan, Lim telah memulakan tindakan drastik terhadap kedua-dua
mereka," katanya.
Adun Permatang (Umno) Datuk Sulaiman Abdul Razak bagaimanapun berkata,
DAP dan PKR akan menyelesaikan perbezaan di antara mereka tidak lama
lagi dan tidak akan membenarkan masalah itu membarah.
"Kedua-dua parti mempunyai hubungan yang sangat rapat, jadi mereka akan menyelesaikannya dan bergerak ke hadapan," katanya.
Tambahnya, Azmin awal-awal lagi telah memberi tindak balas kepada tindakan Guan Eng itu terhadap dua wakil rakyat PKR.
"Jika seseorang terpaksa memberi tindak balas, orang itu seharusnya
presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bukannya Azmin,"
katanya.
Sulaiman juga berkata Guan Eng perlu memastikan bahawa kedua-dua kerusi
GLC yang dikosongkan itu diisi semula dengan wakil rakyat PKR.
Ahli Parlimen Klang (DAP) Charles Santiago berkata Guan Eng mempunyai
kuasa prerogatif untuk melantik dan mengeluarkan sesiapa sahaja daripada
GLC negeri.
"Apabila mengeluarkan dua Adun PKR, beliau telah menggunakan haknya.
"Kedua-dua wakil rakyat sepatutnya membincangkan mengenai perselisihan
mereka ke atas projek-projek dengan kerajaan negeri terlebih dahulu
daripada menyatakan perbezaan pendapat mereka dengan tidak mengundi
menentang usul Umno," katanya.
Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata Ong dan Cheah mengikut hati
nurani mereka apabila mengundi usul itu, sambil menambah bahawa Pakatan
begitu serius dalam isu-isu alam sekitar.
Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa Ong dan Cheah boleh berbincang kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum bertindak sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment