Wednesday, February 24, 2016

Sampai Perlu Minta Ampun Pada Guan Eng? Dimana Maruah PKR?

EDITOR MENULIS...
23 FEBRUARI 2016
lim-guan-eng-azmin-ali
Sehari dua ini, banyak mata sedang bertumpu pada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Seorang memimpin Selangor dan seorang lagi memimpin Pulau Pinang. Seorang PKR dan seorang lagi DAP. Dua ‘sahabat baik’.

Mereka berdua ‘bergaduh’. Guan Eng pecat dua Adun PKR dari GLC, Azmin tempelak. Guan Eng bidas balik dan beri amaran supaya Azmin jangan campur urusan kerajaannya. DAP Pusat pula keluar kenyataan sokong Guan Eng.

Apa yang menarik di hati saya adalah tindakan PKR Pusat. Sudah terang-terang dua Adun PKR itu membantah projek Guan Eng demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Sudah jelas Timbalan Presiden PKR bantah Setiausaha Agung DAP.

Tapi PKR Pusat bertindak minta ampun pada Guan Eng? Ketawa besar saya dibuatnya. Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri kata dalam satu kenyataan bahawa PKR amat berharap Guan Eng bermurah hati dan bersedia mengampuni.

Sampai begitu sekali ‘takut’ pada Guan Eng? Minta ampun? Layaknya Guan Eng itu bagaikan ‘putera raja’ pula tarafnya di mata PKR. Kenapa tidak terus saja cakap mahu mesyuarat untuk selesai sengketa? Sebab mahu jaga air muka Guan Eng? Teruk sungguh PKR bodek DAP…
anwar marah azmin
Penulis terbayangkan ‘kabinet bayangan’ Pakatan ‘Haraman’. Walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, saya yakin bahawa dia tetap perlu ‘sembah kow tow’ pada DAP. Jika melaksanakan sesuatu, sudah tentu dia akan minta ‘perkenan’ DAP.

Jika Anwar melakukan apa-apa kesilapan, maka siaplah dia perlu meminta ampun secara terbuka pada DAP bagi menjaga air muka pemimpin parti itu. Saya yakin bahawa berkemungkinan besar itu yang bakal berlaku sebab dijangka kerusi parlimen yang dimenangi DAP lebih banyak dari PKR!

Nampaknya, betullah kata penganalisis politik baru-baru ini bahawa DAP sememangnya dari awal lagi mahu mengetuai gabungan parti-parti pembangkang itu. DAP berjaya ‘tendang’ PAS keluar kerana mereka mungkin sedar bahawa mereka mungkin tidak selamanya mampu memperkudakan PAS.

Jadi, mereka kekalkan hubungan dengan PKR dan tarik Parti Amanah Negara (PAN) masuk selepas singkirkan PAS. Mereka tahu PAN selaku parti baru, sudah tentulah amat lemah dan perlukan sokongan dari DAP.

Justeru itu, DAP hanya perlu pastikan PKR berada ‘dibawah tapak kaki’ mereka untuk menjadi ‘ketua’. DAP mungkin zahirnya tidak kisah beri jawatan Perdana Menteri pada Anwar asalkan mereka tahu bahawa bekas banduan itu hanyalah boneka dan DAPlah ketua sebenar.

Soalnya, apakah semua ahli dan pemimpin PKR ‘celik’ dengan kemungkinan perancangan licik DAP tersebut? Tapi, sama ada celik atau tidak, biarlah PKR. Biar padan muka mereka. Biar ‘diajar’ sikit DAP begitu. Biar mereka tahu nanti erti penyesalan…

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s320/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment