Wednesday, February 24, 2016
PAN Pertahankan Abang Long Dalam Kemelut DAP-PKR
Sebut saja Parti Amanah Negara (PAN), semua tahu parti dibawah pimpinan
Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu itu merupakan parti
acuan/suruhan DAP.
Bila dah jadi parti suruhan DAP..., dah tentu apa masalah atau keadaan
yang berlaku, PAN akan mempertahankan 'abang long' mereka... Bukan
setakat tu saja, segala arahan dari 'abang long' pasti dilaksanakan PAN.
Dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pemecatan 2 Adun
PKR Pulau Pinang, PAN menyelar sikap Azmin yang mencampuri urusan 'abang
long' mereka.
Menurut PAN, Azmin tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri
Pulau Pinang yang memecat 2 Adun PKR, kerana tidak menyokong usul tambak
laut yang dibawa Guan Eng.
Tambah PAN lagi, 'abang long' mereka tidak pernah mencampuri urusan
pentadbiran Azmin di Selangor... Kenapa Azmin mahu mencampuri urusan
pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kuat jilat betul pemimpin PAN ni ye... Bukannya nak selesaikan kemelut
Azmin-Guan Eng dengan baik... Tapi menyelar tindakan Azmin yang cuba
mempertahankan rakannya di Pulau Pinang.
Tahu laa PAN ni parti adik kepada DAP... Tapi agak-agak laa nak jilat
pun... Ke PAN dah tak sabar nak isi kekosongan yang ditinggal 2 Adun PKR
tu?? Tu yang jilat sakan tu??
Kalau PAN nak isi kekosongan tu..., PAN bagitau je, tak payah nak jilat
teruk sangat... Jijik tengok!! Macam laa orang tak tahu yang pemimpin
PAN ni gila jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment