Wednesday, February 24, 2016

Meneropong ‘Sesumpah’ Dan ‘Batu Api’ Di Kedah…

EDITOR MENULIS...
23 FEBRUARI 2016
sesumpah6
Ada yang melihat Dato’ Seri Ahmad Bashah sebagai ‘lemah’ apabila memegang jawatan Menteri Besar Kedah dengan imej ‘lena’ walau sebenarnya mata beliau terpejam sesaat dua berkelip. Ada yang mengatakan Ahmad Bashah sebagai ‘bodoh’ sebab beliau hanya lulusan SPM sahaja.

Itu dua persepsi negatif yang sengaja direncanakan terhadap beliau awalnya. Namun yang penting, Ahmad Bashah tidak melenting membalas hinaan terhadap bekas Menteri Besar. 

Malah sekurang-kurangnya beliau mengaku lulusan SPM, ia adalah lebih mulia dari ‘beli’ ijazah atau menipu lulusan universiti seperti sesetengah pihak.

Lagipun, dunia politik secara global membuktikan bahawa kelulusan bukanlah satu perkara wajib untuk menjadi pemimpin politik kerana bidang itu dikuasai menerusi pengalaman yang mematangkan diri untuk memimpin. Jika kelulusan menjadi sandaran, sudah tentu semua profesor dan pemilik Phd sudah jadi menteri.

Terkini, Ahmad Bashah sekali lagi dikatakan ‘lemah’ kerana mengekalkan Exco Kerajaan Negeri sedia ada. Malah ada yang cuba jadi ‘batu api’, kononnya kasihan pada Adun yang bercita-cita menjadi Exco, tapi tidak dilantik. Peliknya, yang jadi ‘batu api’ itu mendakwa merekalah ‘pejuang parti’ yang tulin! Hampir muntah saya dibuatnya.

Mungkin benar bahawa ada Adun yang bercita-cita untuk menjadi Exco. Siapalah yang tidak bercita-cita untuk naik pangkat? Tapi, sekurang-kurangnya Adun-Adun itu tidaklah mengada-ngada hingga buat sidang akhbar menyindir, memperlekeh atau mengecam Ahmad Bashah.

Mereka juga tidak ‘upah’ pasukan siber menyerang Ahmad Bashah di Facebook dan media sosial. Tidak pula mereka keliling kampung memburuk-burukkan Ahmad Bashah. Kerana apa? Kerana mereka lebih mementingkan parti dari kepentingan diri. Itu buktinya, mereka tidak gila kuasa.

Apatah lagi, Ahmad Bashah sudah awal-awal lagi mengatakan bahawa setiap Exco itu akan dinilai prestasi mereka pada setiap tiga bulan. Mereka yang dilantik ada KPI yang perlu dipenuhi. Jika tidak penuhi KPI, adalah tidak mustahil untuk mereka diganti oleh Adun BN yang lain.

Satu lagi persepsi yang cuba dilemparkan adalah kononnya apabila mengekalkan Exco sedia ada, Ahmad Bashah ‘tidak percaya’ pada rakan-rakan yang menjatuhkan bekas Menteri Besar dan menaikkan beliau sebagai Menteri Besar. Satu lagi dakwaan yang agak pelik untuk difikirkan.

Saya menolak persepsi itu. Tidak percaya pada rakan-rakan? Maksud persepsi itu, semua rakan yang Ahmad Bashah percaya maka perlu dilantik ke jawatan Exco?

Pada pandangan saya, selaku seorang ketua, Ahmad Bashah percaya pada semua Adun BN dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah, termasuk Adun Ayer Hitam merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

Berdasarkan teori ‘batu api’ itu, apakah perlu Ahmad Bashah lantik semua 21 Adun jadi Exco Kerajaan Negeri? Pada pandangan saya, Ahmad Bashah tidak gila seperti ‘pembatu api’ itu. Ahmad Bashah walaupun hanya lulusan SPM, beliau tidak bodoh seperti pengkritik yang kononnya ‘paling bijak’ itu.

Sudah menjadi taboo. Setiap kali berlaku pertukaran Menteri Besar, pastinya situasi seperti ini berlaku. Di mana-mana negeri pun berlaku begini. Itu biasa dan saya percaya, Ahmad Bashah di Kedah mampu menangani situasi itu nanti.

Cuma yang memalukan, ada beberapa pihak yang kini telah mendedahkan ‘diri mereka yang sebenar’. Semua pejuang parti di Kedah boleh menilai sendiri mereka-mereka yang sebelum ini kononnya ‘berjuang fisabilillah’ dan ‘pejuang UMNO tulin’. Kita dari jauh pun sudah nampak, apatah lagi mereka yang tinggal di Kedah. Pastinya lebih ketara!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s320/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment