Tuesday, February 23, 2016
Kenapa Fokus UMNO Sedangkan Konflik Kemelut Antara Pembangkang Lagi Teruk?
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee menolak dakwaan pihak tertentu kononnya parti itu sedang
berdepan dengan kemelut dan krisis kepimpinan yang serius.
Sebaliknya beliau menjelaskan, mana-mana parti politik termasuk
pembangkang tidak akan terlepas daripada sebarang ketidakpuashatian dan
begitu mustahil untuk memuaskan hati semua pihak.
“Adalah satu pembohongan untuk mengatakan mana-mana parti politik
tidak berdepan dengan masalah, tetapi cara bagaimana masalah itu
diselesaikan perlu diberikan perhatian,” ujarnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Dalam
hal ini tambah beliau, walaupun UMNO dilihat berdepan dengan kemelut
politik tetapi masih berada ditahap tidak membimbangkan kerana
kepercayaan rakyat tetap kukuh terhadap parti itu.
Beliau percaya sebarang pergeseran atau pertelingkahan pendirian
sesama pemimpin UMNO akan dapat diselesaikan dengan mengambilkira
kepentingan parti dan negara.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah
Persekutuan menambah, permasalahan dalaman yang berlaku dalam parti
tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang.
Menyifatkannya sebagai perkara biasa, beliau berkata parti-parti
pembangkang juga sedang berdepan dengan konflik dan perbalahan yang
berpanjangan sesama mereka.
“Mengapa media terutama laman sosial hanya memberi fokus kepada UMNO
yang didakwa berada dalam konflik, sedangkan pembangkang lagi teruk,
sudah berebut kerusi pilihan raya sesama sendiri,” katanya.
Ini kata beliau, membuktikan pihak tertentu mempunyai agenda untuk merosakkan perpaduan dalam UMNO.
Syed Ali menegaskan, selagi rakyat terbanyak menyokong UMNO, bermakna parti itu berupaya melepasi kemelut dan halangan.
Beliau menjelaskan, apa juga permasalahan yang melanda parti terutama
membabitkan isu dalaman masih mampu ditangani oleh pucuik pimpinan.
Oleh sebab itu tegas Syed Ali, semua pihak dalam UMNO sewajarnya
memberi keyakinan kepada pada kepimpinan tertinggi parti bagi merungkai
dan menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku.
Sebagai ahli parti yang setia kepada asas perjuangan, berdiri di
belakang pucuk pimpinan dan berganding bahu memantap parti merupakan
tanggungjawab yang perlu dilakukan.
“Memang tidak dinafikan, kadangkala terbit rasa tidak puas hati
sesetengah pihak terhadap pucuk pimpinan tetapi ketidakpuashatian itu
perlu dilihat apakah melebihi kepentingan parti,” ujarnya.
Beliau berkata, perjuangan dalam mana-mana parti boleh diibaratkan
sebagai pusingan roda yang ada masanya naik dan akhirnya akan turun ke
bawah.
“Turun naik atau jatuh bangun dalam perjuangan merupakan fitrah
kehidupan, oleh sebab itu setiap pemimpin parti perlu menerima hakikat
tersebvut dengan hati terbuka dan berlapang dada,” tegasnya.
Beliau mengimbas krisis politk yang pernah melanda UMNO sejak
beberapa tahun lalu seperti pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti dan
kerajaan.
“Dua contoh itu bukan isu kecil, malah membabitkan kepentingan rakyat
dan negara, tetapi atas kebijaksanaan pemimpin UMNO serta sokongan padu
ahli-ahlinya, krisis itu dapat diselesaikan,” katanya.
Tambah beliau, pemecatan Anwar yang mencetuskan gelombang reformasi
telah melakarkan lanskap baru dalam sejarah politik negara dan pada
awalnya memberi ancaman besar kepada UMNO.
Bagaimanapun katanya, berkat kesepakatan dan keikhlasan pemimpin
UMNO, gelombang reformasi dapat disekat dan ternyata rakyat terutama
orang Melayu masih kekal menyokong UMNO.
Justeru itu tegas Syed Ali, dakwaan sesetengah pihak kononnya UMNO
dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu
menyelesaikan konflik yang berlaku merupakan tohmohan jahat bagi
melemahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
“Pihak tertentu terutama pembangkang dan golongan anti-kerajaan
sememangnya mahu meruntuhkan kestabilan politik dan ekonomi negara dan
mereka menjadikan pentadbiran Najib sebagai sasaran,” tegasnya.
Sebagai ahli UMNO ujarnya, semua pihak harus mempertahankan
kepimpinan Najib bagi meneruskan agenda pembangunan negara dan rakyat.
“Ahli-ahli UMNO yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada
Najib dan barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT), maka merupakan kewajipan
kita untuk mempertahankan kepercayaan tersebut dengan kekal teguh
dibelakang presiden parti,” tegasnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment