Tuesday, February 23, 2016

Selepas Mukhriz, Mahathir Pula Minta Tolong “Mr Bean”

mahfuz_bin_mahathir
Jika beberapa minggu lalu, Mukhriz Tun Mahathir membawa Mahfuz Omar ke Stadium Darulaman dalam usaha terakhir untuk kekal Menteri Besar Kedah, hari ini giliran Tun Mahathir Mohamad menghulur tangan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan panggilan Mr Bean itu.

Dalam pertemuan itu, Mahathir dipetik Malaysiakini sebagai berkata “mahu semua parti politik ketepi perbezaan (demi) singkir Najib”.  Jumpa Ahli Parlimen pembangkang, beri kenyataan macam itu pulak kepada media pembangkang dan Mahathir dikatakan masih setia kepada UMNO, tidak akan sokong pembangkang – siapa percaya tu, memanglah bangang.

Tak berapa lama sebelum ini, Mahfuz jugalah orangnya yang pergi ke Australia, berjumpa dengan Sirul Omar yang ditahan disana dalam cubaan yang dipercayai ramai untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan yang telah pun selesai di semua peringkat Mahkamah – tak berapa lama selepas Mahathir menimbulkan semula isu tersebut bila 1MDB dan dana RM 2.08 billion (pulang balik RM2.03 billion), gagal menggegarkan (jangan kata nak menjatuhkan) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Raja Petra Kamarudin dalam satu tulisannya beberapa minggu lepas, mendakwa Mahfuz adalah operatif kepada Mahathir sekalipun dia berpartikan PAS!!  Mahfuz, Mahathir, Mahfuz Mahathir, dari krisis Menteri Besar Kedah hari itu sampai sekarang, 2 nama ini saja yang keluar.  Kok ada nama Mukhriz sekalipun, Mukhriz Mahathir – Mahathir juga.

Persoalannya, kenapa Mahfuz menjadi pilihan anak beranak ini untuk mendapatkan sokongan?  Dimana kekuatan Mahfuz?  Nak kata di otaknya, kita semua tahu Mahfuz tidaklah sebijak mana.  Bekas pekerja rencam (nama lain untuk pekerja Bangla hari ini) sebuah lapangan terbang di Pulau Pinang ini dikatakan hanya mempunyai taraf pendidikan ‘setinggi’ SRP sahaja – itupun katanya gagal.

Dari segi politik ke?  Mahfuz ditolak ahli PAS dalam pemilihan lepas dan nyaris nak menyeberang ke parti PAN yang ditubuhkan Mat Sabu, dengan sokongan kuat DAP.

Atau adakah ini tanda Mahathir sudah sampai tahap terdesak sampaikan manusia tak berapa cerdik pun sehingga mesra dipanggil Mr Bean ini jadi tempat menyandarkan kepala? 

Dah kemana Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk Seri Datuk Seri yang kononnya bersama-sama Mahathir nak menjatuhkan Najib dulu sampai orang bodoh sijil ini juga yang dicari?

Mana-maja satu pun, yang untung Mahfuz jugaklah.  Kiri (PAS) kena tolak, kanan (PAN) tak boleh masuk, akhirnya ada juga orang yang kononnya cerdik, sudi ajak “berkelaborasi” – kot dia fahamlah apa maksudnya tu ye.   Dah kata dah, dalam politik sijil bergulung tak penting, lidah bergulung jugak yang orang cari – Mahfuz adalah buktinya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment