Tuesday, February 23, 2016

Kerajaan Selangor Salah Guna Wang Rakyat Pertikai Keputusan Mahkamah – SAM1M

KUALA LUMPUR : Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini mempersoal tindakan kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan akhbar rasmi mereka, SelangorKini yang dicetak menggunakan wang rakyat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah secara terang.

Pengerusinya, Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata secara terang dalam akhbar rasmi Selangor iaitu Selangorkini memuatkan artikel mengenai isu kes Anwar Ibrahim memutar-belitkan fakta bagi mengelirukan rakyat.

“Saya bantah bila pihak Selangorkini menjenamakan pemenjaraan Anwar   Ibrahim sebagai “Tahanan Politik” sedangkan hakikat sebenar beliau didapati bersalah dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.
armand azha 
“Oleh itu demikian, penulis/pencetak/penerbit Selangorkini dilihat menghina keputusan serta proses undang-undang, kredibiliti badan perundangan malah pendakwa raya. Saya melihat ini suatu perbuatan menghina Mahkamah ( Contempt Of Court),” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Bukan sekadar itu, Kerajaan Selangor dilihat membazirkan dana rakyat dalam menaikkan papan-papan iklan di sekitar Selangor dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan menghina keputusan institusi perundangan dengan mengunakan dana rakyat Selangor bagi kepentingan politik secara terang-terangan.

“Apakah pihak kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali menutup mata serta memberikan kelulusan mengunakkan wang rakyat serta pengaruh politik dalam memberikan kelulusan daripada pihak Kerajaan tempatan untuk papan-papan iklan yang dilihat menghina keputusan mahkamah.

“Saya akan membuat satu laporan polis terhadap MB Selangor, Kerajaan Selangor dan Akhbar Selangorkini yang menyalah gunakan dana rakyat serta salah guna kuasa dalam kelulusan papan-papan iklan Khamis ini di Balai Polis Damansara Utama,” tambahnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment