Monday, February 22, 2016

Parti Komponen BN, NGO Harus Main Peranan Bantu Rakyat Yang Susah – Mohamad

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1008/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
SEREMBAN : Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus prihatin terhadap nasib rakyat di negeri ini yang masih dalam kesusahan.

Menteri Besar merangkap pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mahu parti komponen bekerja lebih keras dengan menyalurkan maklumat kepada jabatan berkaitan mengenai rakyat yang susah untuk dibantu.

“Semua parti komponen, jika ada orang susah pastikan kita ambil nama mereka untuk kita bantu… Saya tidak mahu dengar ada orang susah dan menderita tetapi tidak mendapat bantuan kerajaan.

“Ini tanggungjawab kita, marilah kita sama-sama mainkan peranan membantu rakyat yang memerlukan bantuan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri Dr Lim Chin Fui dan Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Chong Sin Woon serta barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Mohamad melahirkan kesyukuran ekoran suhu politik di negeri ini dalam keadaan “sejuk” dan ini membolehkan beliau memberi tumpuan kepada pembangunan dan kemajuan negeri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment