Wednesday, February 24, 2016
Rakyat Malaysia Tahu Semuanya Ini..... DAP Buktikan Mereka Mendominasi Pakatan
Bukan sesuatu yang baharu, apabila kita melihat DAP memimpin orkestra
Pakatan Harapan ketika ini. Untuk rekod, kita boleh melihat kembali
kepada peranan DAP sewaktu tahaluf siyasi menjadi “gam” yang dihidu
seharian, sehingga mengkhayalkan PAS dan PKR.
Tanpa disedari, atas alasan tersebut, DAP mendominasi kebanyakkan kemelut, yang akhirnya tidak merugikan parti itu.
Pemecatan 2 ADUN PKR dalam jawatan GLC di Pulau Pinang hanyalah
sebahagian dari rentetan pelbagai peristiwa yang menjadi saksi bahawa
DAP adalah pemimpin utama di dalam gabungan pembangkang.
Azmin Ali tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran negeri Pulau Pinang,
itu adalah alasan yang diberikan dalam tindakbalasnya terhadap reaksi
Azmin yang tidak bersetuju dengan pemecatan 2 ADUN PKR dari jawatan di
anak syarikat negeri.
Baru-baru ini, ADUN PKR yang berkecuali daripada mengundi menentang usul
UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu
sidang DUN November lalu, dilapor telah ditamatkan perkhidmatan mereka
sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Begitulah angkuhnya LGE terhadap rakan di dalam satu pakatan. Jika
“rakan” pun sanggup disingkirkan, bayangkan apa pula nasib pembangkang
di Pulau Pinang?
Keberanian LGE berbuat demikian bukanlah atas sifat semulajadinya,
tetapi rasa yakin dan selesa dengan sokongan yang diterimanya. DAP tidak
memerlukan sokongan parti lain untuk membentuk kerajaan di Pulau
Pinang. Atas hakikat itu, maka mengapa perlu bergantung harap kepada
PKR?
Berbeza dengan PKR, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak di Selangor, kerana terpaksa berkongsi dengan DAP dan PAS.
Mungkin ada mesej dari Yang Maha Kuasa dengan apa yang telah berlaku di
dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan ketika ini. Dari perpecahan
yang telah berlaku ke atas PAS, sehinggalah penguasaan DAP di Pulau
Pinang, seharusnya perlu untuk kita sama-sama menilai akan rupa dan
watak sebenar DAP apabila diambil sebagai sekutu dan diberi kuasa.
Mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam pelbagai perkara,
namun bila ia melibatkan perkara-perkara besar seperti soal siapa yang
bakal menjadi pemerintah, wajib untuk kita satu hati.
Itu pun ramai yang masih berbangga mengibarkan bendera DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment