Wednesday, February 24, 2016

Masalah Ahli Parlimen Merbok Antara Masalah Yang Gagal Diselesaikan Mukhriz

ALOR SETAR : Ahli Parlimen Merbok, Dr. Ismail Daut membuat laporan polis ekoran bimbang pada tahap keselamatan diri dan keluarganya, kerana mendakwa terdapat cubaan dari beberapa orang bekas pekerja serta kontraktor yang dikatakan cuba mengambil 'kesempatan' terhadap kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Laporan polis berkenaan turut mengatakan Ahli Dewan Undangan Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Merbok telah mempertikai wibawa beliau selaku Ahli Parlimen Merbok yang tidak menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan diwakilinya.

Menurut sumber kami, Dr Ismail yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Merbok dan Tajul Urus sebenarnya sudah lama tidak sehaluan disebabkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan rakyat di kawasan dan peranan masing-masing sebagai Adun dan Ahli Parlimen.

Kata sumber berkenaan, beberapa program yang dibuat diperingkat parlimen yang melibatkan peruntukan, tidak sampai kepada rakyat sehingga menyebabkan ramai yang merungut tentang kemungkinan berlakunya penyelewengan peruntukan.

Sumber turut menjelaskan bahawa rungutan itu bertambah kecoh apabila beberapa kontraktor turut mendakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya mereka terima bagi program yang telah dilaksanakan.

Susulan itu, difahamkan bahawa kontraktor terbabit telah membuat satu laporan polis mendakwa berlaku penyelewengan wang peruntukan terhadap Dr Ismail sebelum ini.

Berkenaan dengan Tajul Urus pula, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Merbok itu bertindak mempertikai peranan Timbalannya yang menjadi bahan rungutan ramai pihak dan berkemungkinan menyebabkan rasa kurang senang Dr Ismail terhadap pertikaian itu.

Difahamkan bahawa isu ini adalah antara masalah yang sudah lama berlaku di UMNO Bahagian itu dan terbiar tidak diselesaikan oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Desas-desus mengatakan bahawa Mukhriz sendiri tidak tahu menahu tentang permasalahan di UMNO Bahagian Merbok itu, sekali gus membuktikan beliau gagal dalam menjalankan peranan selaku Pengerusi UMNO Negeri untuk menyatukan semua pemimpin parti itu di semua peringkat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment