Tuesday, February 23, 2016

Khairuddin Ni Melompat Apa Pasal Pulak.....???

PETALING JAYA : Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas tindakan Datuk Seri Nazri Aziz yang cepat 'melatah' apabila mencadangkan supaya keahlian timbalan presiden parti itu digantung.

Beliau juga mempersoalkan kenapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu mahu bertindak sedemikian sedangkan apa yang disuarakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melibatkan banyak perkara terutama 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi isu polemik di negara ini.

“Kenapa Nazri Aziz nampak kelam kabut dan takut sangat apabila timbalan presiden umno bercakap secara hakikat mengenai isu wang derma RM2.6 billion, wang SRC (International) RM42 juta serta kes skandal 1MDB yang menjadi isu polemik di negara kita?

“Nazri Aziz jangan kurang ajar dengan timbalan presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan Umno. Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti Umno,” kata Khairuddin dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin malam.

Dilaporkan Nazri mencadangkan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan tegas berikutan masih terus ‘menyerang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri akan mencadangkan perkara tersebut pada mesyuarat majlis minggu ini supaya bekas timbalan perdana menteri itu digantung keahliannya.

Khairuddin berkata, sebagai timbalan presiden parti yang dipilih secara sah, Muhyiddin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu yang membelenggu pemikiran rakyat.

“Rakyat mahukan kebenaran. Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

“Apakah salah kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin nak beri pencerahan kepada rakyat mengenai kes skandal 1MDB yang telah menyebabkan beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh?,” soal Khairuddin yang merujuk kepada Muhyddin digugurkan daripada Kabinet tahun lalu.

Dilaporkan, Nazri turut mendakwa Muhyiddin mengkritik kepimpinan parti secara terbuka ketika bertemu orang awam sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menggesa Muhyiddin supaya keluar dari parti jika tidak lagi mahu bersama pemimpin sedia ada.

Muhyddin secara berterusan menyatakan kebimbangannya berhubung isu 1MDB sejak beberapa bulan lalu.

Sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan tahunan Umno, Disember lalu, Ahli Parlimen Pagoh itu menyampaikan ucapan kepada umum di Kelab Sultan Sulaiman yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment