Tuesday, February 23, 2016

Keadaan Saya Tidak Berapa Baik…- Ustaz Kazim... Marilah Kita Berdoa Semoga Ustaz Sihat Sejahtera

Datuk Mohamad Kazim Elias yang kini jalani rawatan di sebuah hospital di Ipoh setelah dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di Kota Bharu Isnin kata keadaan kesihatannya kini tidak begitu baik.

Kataya sekitar jam 1 tengahari Selasa beliau merasa sangat tidak selesa,penat sangat-sangat ,dada pedih dan berdebar dengan kuat.

Menurutnya sampai saat ini beliau masih tidak boleh bercakap dengan baik , tersekat dan mudah penat bila bercakap.

Dalam posting terbaru di laman facebooknya pendakwah bebas yang terkenal itu akui ‘masa kena serangan jantung hari tu saya rasa inilah saat akhir saya didunia saya dah pasrah dan redha kalau Allah jemput saya’.Pada awal petang Isnin Ustaz Kazim dibawa pulang dari Kota Bharu ke Ipoh mengunakan sebuah helikopter.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH USTAZ KAZIM DI LAMAM FACEBOOKNYA :

Dah banyak hari sy tidak update status.. Smlm sekitar jam 1ptg sy sgt tidak selesa, penat sgt2 dada pedih n berdebar dgn kuat. Smpi saat ini sy masih tidak boleh bercakap dgn baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu sy rs inilah saat akhir sy didunia sy dah pasrah dan redha kalau Allah jemput sy. Syukur Allah mudahkan sy dgn sikit ujian. 3 saluran arteri sy tersumbat 99%, 90% n ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung sy stabil.Sy

mengambil kesempatan disini memohon maaf zahir n batin dunia akhirat jika sy ada tersalah silap dgn saudara2 sahabat2 sekelian. Buat keluarga sy minta maaf,buat, ank2 ayah minta maaf sbb sgt kurang masa kita bersama.. Harap anak2 ayah faham kerja dakwah ayah.....Skrg sy kmbali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan sy x brp baik.. Buat staf n pelajar Al Barakah teruskn usaha selama ini, jgn mengalah jgn lemah semangat dan kalau jd apa2 pd sy jgn ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa sy.Doakn sy ye.Tq semua doktor, nurse dan yg membantu n menziarah sy. Kalau sy panjang umur kita jumpa lg... Sy rindu dgn anda semua. .. Sy insan dhoif maafkan sy. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment