Tuesday, February 23, 2016
DAP Sebar Kebencian Melalui Klip Video Sambut Tahun Baru Cina
Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej anti-kerajaan ketika
sambutan Tahun Baru Cina berlawanan dengan semangat tradisional perayaan
itu dan menjijikkan.
Berikutan itu, MCA mengutuk penyebaran video yang mempersenda Datuk Seri
Najib Razak menerima derma daripada keluarga diraja Arab Saudi kerana
boleh mencetuskan kebencian ketika musim perayaan ini.
Menurut Bendahari Kebangsaan Pemuda MCA Michael Lee berkata, DAP sepatut
menggalakkan perhubungan baik bukannya menjaja ‘sentimen anti-kerajaan’
ketika musim Tahun Baru Cina yang mulia.
“Tindakan pemimpin DAP Tony Pua dan Teo Nie Ching mengeluarkan video
clip menyebar sentimen anti-kerajaan ketika sambutan Tahun Baru Cina
berlawanan dengan semangat tradisional perayaan itu dan menjijikkan.
“Tindakan mereka adalah menjelikkan dan tamparan bukan sahaja terhadap
perayaan itu tetapi akal mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Katanya, kedua-dua mereka seharuskan mengurangkan kelakuan buruk ketika
musim perayaan ini daripada membuat video menjijikkan yang mempersenda
lagu popular Tahun Baru Cina Cai Shen Dao yang bermaksud “Tuhan
kemakmuran sudah tiba.”
Dalam video berkenaan Pua dan Teo dilihat mengalu-alukan ketibaan waktu
Tuhan Kemakmuran dengan paket angpow merah yang diubah oleh ‘tuhan’ itu
menjadi seorang lelaki berpakaian Arab yang memegang cek Ambank bernilai
RM2.6 bilion.
Video itu juga menunjukkan sekumpulan orang melempar ke udara duit
palsu, Pua mempamerkan cek Ambank beralamat kepada “Perdana Menteri” dan
Teo bersama beg tangan bersama cincin berlian besar.
Video YouTube itu sudah ditonton 157,268 kali dengan 1,043 pengguna ‘like’ manakala 51 lagi ‘dislike’.
Lee juga menuduh Pua dan Teo mempengaruhi penonton supaya mengganggap
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bertujuan “merompak golongan
pekerja dan orang miskin” dengan memutarbelit fakta, walaupun banyak
negara lain juga melaksanakan skim cukai itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment