Tuesday, February 23, 2016
Jadikan Tun M ‘Kebal’ Undang-Undang - Annuar Musa... Apa Pula Pandangan Anda?
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus
diberi ruang untuk terus mengkritik kerajaan tanpa sekatan
undang-undang.
Malah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap Dr Mahathir
diberi layanan istimewa dengan menjadikan beliau seorang yang ‘kebal’
undang-undang.
“Berilah ruang Tun Mahathir bercakap. Kalau beliau langgar undang-undang
pun spare him lah. Tapi saya tak tahu Tun Mahathir setuju atau tidak
untuk menjadikan beliau orang yang terkecuali daripada undang-undang.
“Kalau tanya saya, secara peribadi kalau setakat Tun membebel sana sini,
kecualikanlah beliau. Jika terlanggar undang-undang pun… kalau saya ada
kuasa, kita jadikanlah beliau seorang yang above the law,” katanya dalam
satu temubual bersama media baru-baru ini.
Pada 15 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata, polis mula menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung
kenyataan dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah.
Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari lepas, Dr Mahathir mengatakan
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti
dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International
dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau secara
peribadi tidak mahu bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu
berhadapan tindakan undang-undang.
Namun Annuar menegaskan beliau tidak teragak-agak menegur veteran Umno
itu sekiranya terus menerus mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak
tepat hingga mengelirukan rakyat.
“Saya tak boleh berlaku biadab kepada Tun Mahathir. Tun adalah Umno.
Tapi kalau saya beri pandangan yang mungkin berbeza dengan Tun, itu
sekadar pandangan.
“Tapi jika ingin jadikan saya sebagai alat untuk balun Tun, saya tak
akan ambil tanggungjawab itu. Kalau Tun buat sesuatu yang saya rasa tak
menguntungkan Umno saya akan berterus terang.
“Saya terpaksa menjawab. Niat yang baik, belum tentu hasilnya baik.
Niatnya baik nak tegur Perdana Menteri, niat baik nak kritik Najib…tapi
kalau itu menyebabkan Umno runtuh, maka kita kena tegurlah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment