Tuesday, February 23, 2016

1MDB : Pembentangan Laporan Akhir Audit Ditangguh

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/HASAN_ARIFIN_PAC_251115_TMISETH_02.JPG
PETALING JAYA : Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan kepada bulan depan, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pembentangan laporan berkenaan yang dijadualkan pada 24 Februari (Rabu) dan 25 Februari (Khamis) ini ditangguhkan kepada minggu pertama Mac.
 
“Penangguhan dibuat memandangkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara, ada yang menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

“Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment