Monday, February 22, 2016
Lihat Sahaja Dalam Paparan Ini.... BN Kalah Pada PRU 14, DAP Bakal "Tuan" Kepada Malaysia??
KUALA LUMPUR : DAP mengingatkan semua pihak bahawa parti itu memegang
sebanyak 42 peratus daripada keseluruhan 89 kerusi Parlimen yang
dikuasai oleh parti-parti pembangkang termasuk PAS.
Penasihatnya, Lim Kit Siang turut mengingatkan DAP memegang 42 peratus
daripada keseluruhan 229 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Peringatan itu mencerminkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan sebuah
gabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP.
“PRU13 pencapaian terbaik DAP dimana DAP memegang 38 kerusi Parlimen dan
95 kerusi DUN daripada 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi DUN yang
dimenangi pembangkang,
“Jumlah ini tidak termasuk 12 DUN dimenangi DAP dalam Pilihan Raya
Negeri Sarawak lalu menjadikan jumlah keseluruhan ADUN DAP ialah 107.
“Jumlah (kerusi Parlimen dan DUN) yang DAP tidak pernah terfikirkan
kira-kira 50 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN bagi menggantikan
Pakatan Rakyat yang berkubur pada Ogos tahun lalu disebabkan perbalahan
DAP dengan PKR dan PAS.
Pertelagahan antara PAS dengan DAP dan PKR bermula ekoran tindakan PAS
membantah rancangan DAP mahu melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) di Pulau Pinang.
PAS mendakwa pilihan raya itu boleh menyebabkan Pulau Pinang dikuasai
sepenuhnya bukan Melayu dan menjejaskan kepentingan Melayu sekali gus
mengundang risiko tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang.
Konflik antara PAS dengan DAP dan PKR sampai ke kemuncak apabila DAP dan
PKR membantah cadangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di
Kelantan.
DAP dengan sokongan PKR mendakwa undang-undang hudud merupakan satu
undang-undang kuno, kejam, zalim, kuno dan ketinggalan zaman.
Berikutan perpecahan itu, para penyokong DAP dan PKR mula melancarkan
`serangan’ ke atas para pemimpin dan ulama PAS di media sosial bagi
memburuk-burukkan reputasi pemimpin parti berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment