Tuesday, February 23, 2016

Sibuk Untuk Jatuhkan UMNO Rupanya Politik PKR Sendiri Krisis Yang Teruk..... Rafizi Mencelah... Nasihat Azmin Dan Guan Eng Supaya Jangan Bergaduh Secara Terbuka

Dari segi pengalaman dan senioriti... Rafizi Ramli jauh lebih muda dan mentah dalam sepak terajang politik dibandingkan dengan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali.

Tapi memang sudah jadi tabiat beliau untuk 'mencelah' itu ini termasuk yang terbaru cuba masuk campur dalam pertelingkahan antara Azmin dan Guan Eng.

Nasihat yang baguspun, tapi jika tak kena tempat... menyebabkan orang jadi meluat, apatah lagi Azmin hanya mempertahankan ADUN PKR yang dipecat Guan Eng, dan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR secara logiknya patut menyebelahi parti sendiri.

Bagaimanapun Rafizi memilih untuk menjadi 'lebih besar' dari itu dengan peranan untuk menasihati Azmin dan Guan Eng agar tidak bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

Azmin sebelum ini menegur Lim yang bertindak menggugurkan dua ADUN PKR daripada syarikat bukan kerajaan (GLC) di Pulau Pinang ekoran hilang kepercayaan terhadap mereka.

Dua ADUN itu adalah antara lima wakil rakyat yang menjadi sasaran Lim selepas mereka tidak menyokong projek tebus tanah pinggir laut di negeri itu, November lalu.

Tindakan Azmin kemudiannya dibidas Lim dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor itu mencampuri pentadbbirannya.

"Saya rasa lebih baik adik beradik (Azmin dan Guan Eng) bincang dalam bilik. Saya akan hantar surat rasmi kepada Guan Eng bagi pihak PKR. Surat rasmi parti akan dihantar.

"Saya rasa apa juga berbezaan, sensitiviti umum kena ambil kira sebab tidak ada kepimpinan yang utuh, kita kena berbalik kepada masyarakat. Kalau tak masyarakat akan rasa bosan dan terkilan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Saya faham apa yang berlaku. Guan Eng ditanya (pemberita untuk) bagi kenyataan. Bila ditanya (wartawan), kami kena jawab.

"Apabila Azmin pergi majlis dia (perlu) jawab. Saya rasa perkara ini telah selesai. Dan secara rasminya, PKR akan hantar surat hari ini dan saya harap apa pun, saya harap ia akan dibangkitkan kepada Pakatan Harapan," katanya.

Beliau memberitahu pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada DAP bersabit isu itu.

Difahamkan surat berkenaan menuntut agar DAP menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung pemecatan dua ADUN itu.

"Surat (yang akan dihantar PKR) untuk bincangkan beberapa perkara berhubung dengan keputusan kerajaan Pulau Pinang gugurkan dua adun PKR daripada GLC.

"Saya rasa itu mungkin lebih baik kita bincang secara rasmi dan timbulkan secara rasmi dan saya percaya Guan Eng akan bagi ruang sebaiknya untuk kita berbincang," katanya.

Sabtu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang memecat ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Hill Corporation dan Invest Penang and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat kepada syarikat pelaburan kerajaan negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment