Tuesday, February 23, 2016
Abang Besar Bersuara Lagi..... Konflik Pembangkang : DAP Buat Keputusan Dan Parti Lain Perlu Akur...
Pertelagahan terbuka antara dua orang kuat pembangkang Lim Guan Eng dan
Datuk Seri Azmin Ali mengimbau kenangan terhadap detik-detik sebelum
Pakatan Rakyat terkubur pada awal 2015.
Kini ditubuhkan Pakatan Harapan yang tidak ubah seperti Pakatan Rakyat
kecuali tanpa PAS dan tiada jaminan ia tidak akan menerima nasib seperti
bekas pakatan pembangkang sebelum ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata walaupun parti dalam gabungan Pakatan Harapan - PKR, DAP dan
Parti Amanah Negara (PAN), cuba menunjukkan ia adalah berlainan dan
lebih baik daripada Pakatan Rakyat, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Jadi, tiada jaminan Pakatan Harapan tidak akan menerima nasib sama
seperti Pakatan Rakyat," kata beliau dalam catatan terbarunya dalam blog
beliau, sskeruak.blogspot.my pada Isnin.
Beliau berkata perdebatan terbuka antara DAP dan PKR mengenai
penyingkiran dua wakil PKR daripada syarikat milik kerajaan Pulau Pinang
membuktikan parti itu (DAP) memutuskan apa yang berlaku.
"Tapi itu bukan bahagian yang paling menarik. Ia menjadi semakin menarik
apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata DAP memutuskan
apa yang berlaku di negeri itu dan anggota Pakatan Harapan harus akur.
"Tidak lama dulu, Rafizi Ramli (PKR) mengumumkan Pakatan Harapan tidak
lagi bergerak dengan asas setuju untuk tidak bersetuju. Ini kerana
Pakatan Rakyat yang beroperasi atas asas itu, mendapati sukar setuju
untuk tidak bersetuju dalam banyak perkara dan ia mengakibatkan
perpecahan," katanya.
Salleh berkata sebelum ini Rafizi menyatakan untuk mengelak Pakatan
Harapan menerima nasib seperti Pakatan Rakyat, kewujudan Pakatan Harapan
akan berlandaskan atas asas persetujuan bersama.
Bagaimanapun, kata Salleh, apabila menyentuh mengenai Pulau Pinang, DAP
tidak beroperasi atas persetujuan bersama, sebaliknya atas apa yang DAP
mahu.
"Pada dasarnya, Lim Guan Eng kini berkata DAP memutuskan apa yang
berlaku di Pulau Pinang dan PKR perlu mematuhi keputusan DAP. Lim Guan
Eng mengingatkan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Azmin Ali, ia sama
seperti keputusan PKR menyingkirkan (Tan Sri) Khalid Ibrahim sebagai
Menteri Besar.
"Lim Guan Eng secara tidak langsung mengesahkan keputusan menyingkirkan
Khalid sebagai Menteri Besar adalah keputusan PKR, bukannya Pakatan
Rakyat.
Jadi, ia bukan berlandaskan persetujuan bersama tetapi setuju untuk tidak bersetuju.
"Pada masa sama, DAP dan PKR mengelar PAS (anggota gabungan dalam
Pakatan Rakyat) sebagai pembelot kerana tidak menyokong penyingkiran
Khalid dan menggantikannya dengan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail,
dan kemudiannya Azmin Ali.
"Ia jelas Pakatan Harapan masih bergerak atas asas yang sama dengan Pakatan Rakyat," tambah Salleh.
Pakatan Rakyat yang diwujudkan pada 1 April 2008 selepas Pilihan Raya
Umum 8 Mac 2008, dan dibubarkan Jun tahun lepas apabila Lim yang juga
Setiausaha Agung DAP mengumumkan pakatan itu tidak lagi wujud sebagai
perikatan yang ditubuhkan oleh PKR, DAP dan PAS berdasarkan konsensus
kerana PAS dalam Muktamar ke-61 telah 'membunuh' Pakatan Rakyat.
Lim menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas 'kematian' pakatan itu
dengan berkata tindakan Presiden PAS itu serta partinya sewaktu muktamar
berkenaan untuk memutuskan ikatan dengan DAP, bererti Dasar Bersama
Pakatan Rakyat telah dicabuli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment