Tuesday, February 23, 2016
TMJ Jawab Kritik, Bikin Video Sindiran
PETALING JAYA : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab
kritikan netizen berhubung tindakannya bersalaman dengan isteri pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Selain itu menerusi posting di laman Facebook Johor Southern Tigers,
turut disiarkan klip video berdurasi 16 saat menunjukkan Tunku Ismail
bersalaman dengan dua wanita secara berlapik.
Bagaimanapun Tunku Ismail tidak memakai sarung tangan biasa sebaliknya bewarna hijau menyerupai tangan watak adiwira Hulk.
Terdahulu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook sama,
Tunku Ismail turut membidas sesetengah individu yang yang disifatkannya
mahu menjadi 'Ustaz atau mufti negeri'.
"Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau
tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau
neraka.
"Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain
terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan
menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain
terutama apabila ia melibatkan kebencian," katanya pada Isnin.
Sebelum ini, foto isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail
ketika meluangkan masa di kafe milik kapten kelab bola sepak itu
mendapat kritikan daripada netizen.
Selain itu Tunku Ismail berkata beliau sentiasa berpegang dengan prinsip yang diajar sejak kecil selain berpandukan al-Quran.
"Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.
Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya
mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang
kepada anda.
Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang
hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment