Wednesday, February 24, 2016

Azmin Mahu Pakatan Harapan DIKUBURKAN - CheguBard

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Badrul-Hisham-Shaharin.jpg
Bagaikan pisang goreng panas mengenai kemelut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pemecatan 2 Adun PKR.

Azmin yang cuba mempertahankan 2 anak buahnya di Pulau Pinang telah dianggap sengaja mahu memecah-belah Pakatan Harapan (PH) oleh Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shahrin.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, tindakan Azmin menyelar tindakan Guan Eng memecat 2 Adun PKR adalah sengaja mahu memecah-belahkan PH, kerana Azmin merupakan seorang pro-Pas.

Bagi membalas dendam terhadap DAP yang telah memutuskan hubungan dengan Pas dan menguburkankan Pakatan Rakyat, Azmin mengambil peluang ini untuk menyerang DAP.

"Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememangnya dirancang Azmin," kata Chegubard.

Benarkah Azmin mahu membalas dendam diatas perbuatan DAP terhadap Pas?? Kalau benar, mengapa dari dulu Azmin tidak mempertahankan Pas dan menyatukan kedua-dua parti  terbabit?? Takkan Chegubard mahu menjadi penjilat DAP juga??

Kata Chegubard, isu pemecatan 2 Adun PKR Pulau Pinang adalah isu yang kecil dan boleh diselesaikan tanpa Azmin menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lagipun, Azmin tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang... Azmin selaku Menteri Besar Selangor perlu fokus terhadap pentadbiran di negeri itu sahaja.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment