Tuesday, February 23, 2016
Henti Ambil Pekerja Asing : Senanglah, Nak Cari Pekerja Majikan Hanya Perlu Hubungi Pakatan
Keputusan kerajaan semalam untuk
menghentikan semua pengambilan pekerja asing dalam semua sektor, bolehlah
disifatkan lebih menyindir dari praktikal. Kita semua tahu, nak
mengharap rakyat tempatan buat kerja-kerja yang Bangla buat hari ni,
hanyalah satu fantasi. Realitinya, kalau nak harap pekerja tempatan,
silap-silap ada syarikat gulung tikar sebab masalah kekurangan pekerja.
Isi kekosongan satu hal, mengekalkan
(retain) pekerja itu supaya syarikat tidak ada masalah kekurangan
pekerja mahir – satu hal. Banyak orang bincang satu aspek tu saja, dia
tak tengok aspek aspek yang lain. Macam isu ganja jugaklah, bab
‘memberi ketenangan ” dia nampak, bab ketagihan, jenayah dan sebagainya
dia tak nampak.
Orang yang membantah ini hanya sebab
kerja dia bantah apa juga keputusan kerajaan. Dia pakai logik dia saja,
logik industri yang hadapi masalah sumber tenaga manusia ini, dia (yang
bantah) bukannya dia tahu!!
MTUC sebagai contoh, sejak bila kesatuan
sekerja seperti MTUC aktif dalam bidang mengisi kekosongan? MTUC
kerjanya mewakili pekerja sedia ada dalam industri-industri yang dia
naungi, bukan pihak yang dicari bila industri perlukan pekerja.
Lagipun perkara asas dalam “collective
agreement” antara majikan dan kesatuan sekerja antara lain, kesatuan
tidak boleh masuk campur dalam soal “who to fire and who to hire”.
Tak hairan kenapa bila saja penanguhan
itu diumumkan, berlumba persatuan majikan dan agensi pekerja bagi
kenyataan membantah tindakan tersebut. Masa kerajaan kena balun,
pihak-pihak ini senyap buat bodoh, bila dah tangguh, baru nak bersuara.
Apa pun selepas ini, kita rasa
majikan tidak lagi perlu pening kepala nak cari pekerja, tuju saja
mana-mana pusat khidmat wakil rakyat Pakatan yang terdekat untuk
mendapatkan pekerja. Tindakan ini wajar sebab di kala kebanyakkan
industri menghadapi masalah mencari pekerja untuk melakukan kerja-kerja
3D, Pakatan kata takde masalah, ramai nak buat kerja tu kata mereka.
Menunjukkan, hanya Pakatan saja tahu nak
cari kat mana, so boleh jumpalah wakil-wakil rakyat ini untuk dapat
bantuan. Kalau mereka gagal, maksudnya Pakatan menipu dan sengaja buat
cerita untuk sabotaj ekonomi negara.
Anwar punya bodyguard pun datang dari Filipina la weii – mengutamakan pekerja tempatan apa barang...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment