Friday, February 19, 2016
Dakwaan WSJ Tiada Asas Dan Tidak Terbukti – 1MDB
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini
mengulangi bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut kenyataan 1MDB di sini hari ini, berbeza dengan dakwaan Wall
Street Journal (WSJ) yang tidak berasas dan tidak terbukti, 1MDB secara
konsisten kekal bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun
peribadi perdana menteri.
“Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai
penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa
dana tersebut adalah dari Arab Saudi.
“Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah
dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata,”
menurut 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment