Menerusi sidang media itu juga, Che’gu Bard turut mempersoalkan bagaimana syarikat yang hanya bernilai RM2 mampu memperoleh tender balak bernilai puluhan juta.
Menurut Che’gu Bard, kenyataan Azmin yang mengatakan projek balak itu adalah tender terbuka merupakan pembohongan sama sekali berdasarkan beberapa bukti.
“Saya sebut dengan jelas bahawa Azmin menipu dalam perkara terebut kerana keputusan penganugerahan balak tersebut diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada tender terbuka.
“Tiada tender terbuka ini juga boleh dibuktikan dengan tiada langsung iklan panggilan tender terbuka dibuat oleh Jabatan Hutan atau mana-mana agensi terbabit,” tegas Che’gu Bard di Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM, di sini, hari ini.
Dalam sidang media yang sama, Che’gu Bard turut mendedahkan dua dokumen rahsia Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) iaitu Permohonan Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras Dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275/132 KV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektar, dan Permohonan
Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras Dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran elektrik 275KV (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (ubahan Talian) seluas 43 hektar.
Menurut Che’gu Bard, dua dokumen berkenaan telah diajukan ke MMKN yang dipengerusikan sendiri oleh Azmin dan mesyuarat yang sama telah memutuskan kawasan balak tersebut diberikan kepada dua syarikat tanpa tender terbuka.
Dalam pada itu, Che’gu Bard turut mempersoalkan profil syarikat yang mendapat tender berkenaan yang sangat meragukan.
“Bayangkan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang dimiliki oleh pemuda berasal Johor (bukan Sdn Bhd) yang mempunyai bidang kerja pelbagai tetapi langsung tidak ada kena mengena dengan pembalakan mendapat kawadan balak bernilai puluhan juta.
“Dari senarai bidang kerja recam, jelas corak ‘enterprise’ seperti ini selalunya diwujudkan hanya untuk memburu kerja ‘indent’ projek semata-mata.
“Sila Azmin perjelaskan bagaimana dalam mesyuarat yang beliau pengerusi meluluskan syarikat seperti ini?” Soalnya tegas.
Che’gu Bard dengan tegas meminta Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR untuk membuang egonya dan menghentikan kerakusan haloba, bukan menjadi pemimpin kepada kartelnya sahaja.
“Nampaknya Azmin bukan menerima teguran, tetapi beliau terus ego dengan menggerakkan kartelnya membuat kenyataan demi kenyataan agar saya dipecat dari parti,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment