Wednesday, February 24, 2016
Keselamatan Rakyat & Tetamu Luar Tetap Menjadi Keutamaan Kita - Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia sentiasa
mengutamakan keselamatan dan keyakinan rakyat serta tetamu dari luar
negara.
Najib berkata, beliau juga tidak memandang ringan amaran dan nasihat
negara-negara lain kepada rakyat mereka mengenai ancaman keganasan di
Kuala Lumpur atau mana-mana kawasan di Malaysia.
"Malaysia sentiasa mengutamakan keselamatan rakyatnya dan juga tetamu
kita dari luar negara, terutama di tempat-tempat yang dikunjungi ramai
serta destinasi pelancongan.
"Negara-negara yang mempunyai maklumat mengenai ancaman keganasan di
Malaysia disaran mengemukakannya kepada pihak berkuasa Malaysia dan
tidak menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.
"Tidak pernah kita abaikan sebarang maklumat dan risikan yang kita terima," kata Najib dalam catatan di laman Facebooknya.
Dalam catatan itu juga, Najib turut menarik perhatian tinjauan yang
dilakukan beliau ke atas rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan di kawasan Bukit Bintang, semalam.
Seramai 170 anggota PDRM dan 170 anggota ATM terlibat dalam rondaan yang
dijalankan selama 24 jam sehari, di sekitar kawasan tumpuan orang ramai
di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata rondaan bersama itu akan diteruskan selama mana ia dirasakan perlu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment