Tuesday, February 23, 2016
Singkir Rakan, DAP Buktikan Mereka Mendominasi Pakatan
EDITOR MENULIS...
22 FEBRUARI 2016
Bukan sesuatu yang
baharu, apabila kita melihat DAP memimpin orkestra Pakatan Harapan
ketika ini. Untuk rekod, kita boleh melihat kembali kepada peranan DAP
sewaktu tahaluf siyasi menjadi “gam” yang dihidu seharian, sehingga
mengkhayalkan PAS dan PKR.
Tanpa disedari, atas alasan tersebut, DAP mendominasi kebanyakkan kemelut, yang akhirnya tidak merugikan parti itu.
Pemecatan 2 ADUN PKR dalam jawatan GLC di
Pulau Pinang hanyalah sebahagian dari rentetan pelbagai peristiwa yang
menjadi saksi bahawa DAP adalah pemimpin utama di dalam gabungan
pembangkang.
Azmin Ali tidak boleh mencampuri urusan
pentadbiran negeri Pulau Pinang, itu adalah alasan yang diberikan dalam
tindakbalasnya terhadap reaksi Azmin yang tidak bersetuju dengan
pemecatan 2 ADUN PKR dari jawatan di anak syarikat negeri.
Baru-baru ini, ADUN PKR yang berkecuali
daripada mengundi menentang usul UMNO untuk menghentikan semua projek
penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang DUN November lalu, dilapor
telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat
berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Begitulah angkuhnya LGE terhadap rakan di
dalam satu pakatan. Jika “rakan” pun sanggup disingkirkan, bayangkan
apa pula nasib pembangkang di Pulau Pinang?
Keberanian LGE berbuat demikian bukanlah
atas sifat semulajadinya, tetapi rasa yakin dan selesa dengan sokongan
yang diterimanya. DAP tidak memerlukan sokongan parti lain untuk
membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Atas hakikat itu, maka mengapa perlu
bergantung harap kepada PKR?
Berbeza dengan PKR, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak di Selangor, kerana terpaksa berkongsi dengan DAP dan PAS.
Mungkin ada mesej dari Yang Maha Kuasa
dengan apa yang telah berlaku di dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan
Harapan ketika ini. Dari perpecahan yang telah berlaku ke atas PAS,
sehinggalah penguasaan DAP di Pulau Pinang, seharusnya perlu untuk kita
sama-sama menilai akan rupa dan watak sebenar DAP apabila diambil
sebagai sekutu dan diberi kuasa.
Mungkin kita mempunyai pandangan yang
berbeza dalam pelbagai perkara, namun bila ia melibatkan perkara-perkara
besar seperti soal siapa yang bakal menjadi pemerintah, wajib untuk
kita satu hati.
Itu pun ramai yang masih berbangga mengibarkan bendera DAP.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment