Tuesday, February 23, 2016

Cakap Pandai..... Sekali Lagi Rafizi Menipu Rakyat Sedangkan Beliau Hidup Mewah

Raja Penipu Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi didapati menipu dalam urusan politiknya. Sebelum ini beliau mendakwa Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian besar akibat daripada pemerasan yang dilakukan oleh kerajaan demi menyelamatkan syarikat milik kerajaan dari mengalami kerugian.

Berikutan dakwaan bodoh beliau ini, ramai dikalangan pengikut beliau termakan hasutan lalu mengeluarkan simpanan Tabung Haji mereka hanya kerana terpengaruh dengan dakyah bodoh yang disebarkan Rafizi. Ini termasuk juga dengan tindakan segelintir pihak yang enggan lagi mencarum kedalam KWSP hanya kerana tidak mahu kerajaan menggunakan wang mereka. Bodoh bukan?

Dalam isu Tabung Haji, Rafizi jelas sekali menipu. Ini kerana simpanan beliau didalam Tabung Haji sudah melebihi RM 500 ribu dengan dividen yang baru beliau terima lebih RM 30,000. Kali ini, penipuan Rafizi didedah. Kali ini melibatkan simpanan KWSP sebanyak RM 644,909.07.

Dengan pengumuman dividen terbaru KWSP berjumlah 6.4 peratus bagi tahun ini beliau dijangka memperolehi RM 41,274.18 hanya dalam bentuk dividen sahaja. Jika dicampurkan dengan apa yang diterima beliau menerusi Tabung Haji, jumlah yang diterima oleh beliau mencecah hampir RM 80,000.

Sekali lagi yang menjadi mangsa adalah pengikut beliau yang begitu mudah diperbodohkan oleh Rafizi. Jika KWSP mengalami kerugian dan kewangannya diambil oleh kerajaan, manakan mungkin KWSP mampu memberikan dividen sebanyak 6.4 peratus kepada pencarumnya?

Hairan, simpanan di Tabung Haji adalah untuk umat Islam mengerjakan haji di Mekah. Ia dimainkan Rafizi sehingga ramai orang Melayu termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza turut di bodohkan Rafizi. Kali ini, sekali lagi penyokongnya di bodohkan Rafizi dan mendapat untung hasil kebodohan pengikutnya adalh Rafizi sendiri.

Bodohkan mempercayai fitnah dari realiti? Inilah mainan Rafizi Ramli yang sekian lama memperbodohkan para penentang kerajaan demi meraih populariti dalam politik. Kesian, sanggup diperbodohkan oleh orang yang mendapat hasil dari simpanannya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment