Tuesday, February 23, 2016

Perang Guan Eng – Azmin : Kelibat Wan Azizah Menghilang Dan Menikus Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR : Mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Itulah yang dipersoalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Haji Sulaiman Haji Abdul Razak apabila Wan Azizah diam menikus ekoran kontroversi pertelagahan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pertelingkahan antara rakan sekutu ini tercetus apabila Azmin mempertikaikan tindakan Guan Eng memecat dua Adun PKR, Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di negeri itu.

Jelas Sulaiman, seharusnya Wan Azizahlah yang bersuara membela nasib dua Adun PKR yang dipecat itu dan membidas Guan Eng yang mahu menunjukkan sikap autokrasi menjadi ‘pemandu’ dalam kenderaan Pakatan Harapan.
Wan Azizah Blur 
“Tindakan Guan Eng ini juga jelas menunjukkan bahawa sebenarnya dialah yang mempunyai kuasa besar dalam Pakatan Harapan. Tidak ada seorangpun rakan sekutu yang boleh membantah keputusan yang dibuatnya dan sekiranya membantah maka pasti ada hukuman yang menanti.

“Kita lihat apa yang terjadi kepada Pas akibat tidak sebulu dengan Dap. Adakah PKR sanggup menerima nasib sebegitu? Saya rasa tidak. Pada akhirnya PKR akan mengalah dan tunduk kerana takut hilang kuasa.

“Mungkin kerana itu jugalah Wan Azizah tidak berani untuk bersuara. Maka teruslah dia menjadi patung cendana dalam Pakatan Harapan,” ujarnya kepada media.

Dap kini semakin berani menunjukkan belang kerana parti itu sudah ada pelapis yang boleh diarah mengikut acuan Dap sambil beliau merujuk PAN yang ditubuhkan berasaskan serpihan Pas dianggotai oleh individu-individu yang diketahui sememangnya membawa suara Dap.

Jelasnya lagi sekiranya PKR bertegas melawan Dap maka tidak mustahil bakal ada parti baru serpihan PKR pula.

“Kini Dap juga telah ada calon Melayu yang boleh membawa nama parti itu dan bakal diketengahkan dalam pilihan raya umum nanti. Maka apa guna lagi untuk Dap bersatu bersama Pas, PKR mahupun PAN… satu demi satu akan disingkirkan bila Dap yakin untuk berdiri sendiri.

“Jadi seharusnya PKR dan PAN bersedialah untuk menerima nasib yang sama seperti Pas,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment