Monday, February 22, 2016
Chegubard : Azmin Sendiri Kritik Anwar, Wan Azizah
SEREMBAN : Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa
timbalan presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang mengatur
gerakan akar umbi di kalangan penyokongnya bagi mendesak pemecatan
beliau kerana lantang mengkritik pemimpin itu.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Azmin seharusnya
akur bahawa beliau sendiri lebih lantang mengkritik pucuk pimpinan
tertinggi parti itu kerana kepentingan diri.
"Azmin pernah kritik parti secara terbuka. Antara yang paling "best" dia
kritik parti, dia kritik presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail) selepas PRU13 yang katanya amalkan kronisme dan nepotisme.
"Sebab dia kecewa tak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Dia jaja
konon Datuk Seri Anwar Ibrahim telah janji untuk jadikannya menteri
besar," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat di sini
sebentar tadi.
Desakan mahu Chegubard dipecat kini makin lantang dalam PKR Selangor
selepas pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu kerap
mengkritik Azmin berhubung isu pembalakan, kemelut penggantian kubah
Masjid Sultan Abdul Aziz Shah yang menelan belanja RM32.4 juta dan
kontroversi pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kalangan pemimpin PKR Selangor mahu keahlian parti Chegubard digugurkan
atau beliau dikenakan tindakan disiplin yang tegas kerana terus menerus
menyerang menteri besar itu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Zainol Abidin
Mohamed mendesak Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Jawatankuasa Disiplin
parti membuka semula aduan yang dibuat mereka sebelum ini berhubung
tindak tanduk Chegubard.
Mengulas lanjut, Chegubard berkata beliau boleh 'membalas' kembali
serangan Azmin itu dengan membuat jelajah penerangan ke seluruh negara,
namun enggan berbuat demikian kerana tidak mahu perpecahan parti
berlaku.
"Siapa yang tak berdisiplin? Saya boleh jawab, kalau saya turun ke
seluruh negara, terangkan semua perkara, cari penyokong dan penyokong
pula keluarkan kenyataan, parti akan dilihat bertembung.
"Dan saya tak mahu perkara itu (berlaku). Yang pecahbelahkan parti ini biarlah Azmin seorang saja.
"Kepada semua, jangan sokong Azmin atau Chegubard, tapi sokong yang betul, dan tegur yang salah," ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment