Monday, February 22, 2016

MB Selangor Buat Kelakar… Apa Yang Kelakarnya?

Kononnya mahu berpolitik bagi meredakan kemarahan ahli PKR susulan pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dari jawatan mereka dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Maka Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bertindak secara adil lantaran pemecatan dua ADUN itu dilakukan hanya kerana berbeza pandangan.

“ADUN itu menggunakan platform Dewan Undangan Negeri untuk memberi pandangan dan maklum balas mereka. Mereka bukannya melakukan fitnah. Apa yang kami (sebagai sebuah parti) tolak adalah budaya fitnah atau tuduhan,’ kata Azmin.

Menurutnya, kedua-dua mereka sebagai anggota Dewan Undangan Negeri hanya memberikan pendapat dan maklum balas mereka dalam isu tersebut dan perkara itu tidak menjamin apa-apa tindakan.

Sebelum ini, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dipecat sebagai pengarah di GLC negeri kerana tidak mengundi menentang usul penambakan yang dikemukakan oleh UMNO November lalu.

Dua wakil rakyat PKR Pulau Pinang itu termasuk ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin, ADUN Batu Uban, Dr T. Jayabalan dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah mengambil sikap berkecuali sewaktu pengundian usul penambakan tanah yang dibentangkan UMNO di Dewan Undangan Negeri.

Ong, yang juga Ketua Whip PKR Pulau Pinang, hilang jawatan sebagai pengarah dalam investPenang (agensi promosi pelaburan utama) dan Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Cheat pula hilang jawatan pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Tambah memalukan DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sewaktu pengundian tersebut ialah tindakan ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh teh Yee Cheu Adun Tg. Bungah DAPYee Cheu yang menyokong usul wakil UMNO berhubung isu penambakan laut di negeri itu.

Sudahnya, Teh Yee Cheu ditekan hebat DAP Pulau Pinang sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Penganjuran DAP Pulau Pinang sebelum ini.

Moral dari apa yang berlaku susulan episod tersebut ialah betapa kepimpinan DAP yang sebelum ini mengeji, mencerca dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana menggugurkan beberapa tokoh UMNO susulan perbezaan pendapat tidak langsung berbeza malah lebih hina kerana cuba mendiamkan perbuatan keji sendiri.

Laporan sebuah portal memetik Guan Eng sebagai berkata, tindakan itu dibuat kerana pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua ADUN tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.

“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi.

“Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu. Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Masalahnya ialah kenapa apabila UMNO mengambil tindakan serupa, seluruh kepimpinan DAP, PKR dan AMANAH bagai lupa diri mengutuk tindakan yang sebenarnya sama.

Sekaligus, rakyat tentu dapat menilai perangai ‘haram …..’ yang dibawa serta diamalkan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan kerana apa sahaja yang mereka lakukan semua betul, namun jika dilakukan pihak lain maka, gegak gempira, heboh seluruh pelusuk alam dibuatnya.

Sementelah berbicara isu ini, maka tidak salah kiranya ungkapan Azmin di atas diulangi lagi di paragraf berikutnya dengan perkataan tertentu digelapkan khusus untuk penelitian pembaca.

“ADUN itu menggunakan platform Dewan Undangan Negeri untuk memberi pandangan dan maklum balas mereka. Mereka bukannya melakukan fitnah. Apa yang kami (sebagai sebuah parti) tolak adalah budaya fitnah atau tuduhan,’ kata Azmin.

Sekali gus terfikir, apa maksud sebenar Azmin dan kepada siapa ditujukan kata-kata itu kerana tiga Naib Presiden PKR sendiri termasuk pemimpin tertinggi Pakatan Harapan sebelum ini terpaksa memohon maaf atau membayar denda mahkamah kerana keceluparan mulut mereka.

Apakah beliau mengutuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana memfitnah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Atau Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin bernilai RM24 juta

Atau Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana memfitnah bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Atau Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin kerana memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan duit zakat untuk biayai kos guaman dalam kes qazaf.

Atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana memfitnah ADUN Telok Ayer Tawar, Dato Jahara Hamid dengan gelaran “nenek rasis”.

Atau Pengerusi AMANAH, Mohamad Sabu yang sibuk mencari RM200,000 untuk membayar denda mahkamah kerana memfitnah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana projek ‘IC’ di Sabah.

Atau…..

Atau….

Atau semua pembaca harus melihat kenyataan Azmin itu hanya sekadar ‘berseloroh’ sepertimana kata Rafizi sebelum ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment