“MoU semalam mengandungi syarat yang lebih ketat mengenai pengambilan pekerja Bangladesh termasuk dari segi rekod jenayah dan saringan kesihatan, bagi tempoh lima tahun.
Friday, February 19, 2016
Jumlah 1.5juta Bangladesh Ke Malaysia Adalah FITNAH !!!
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menafikan 1.5 juta
pekerja asing Bangladesh akan dibawa ke negara ini, sebaliknya angka itu
adalah jumlah yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk bekerja
di 139 negara seluruh dunia.
Beliau berkata, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani
semalam dengan kerajaan Bangladesh adalah perjanjian biasa, seperti yang
dimeterai dengan tujuh lagi negara lain antara kerajaan dan kerajaan
(G2G) dan bukan mengenai membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh
seperti yang didakwa.
“Jumlah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini adalah
berdasarkan permintaan dan majikan yang mahu memohon pekerja asing ini
perlu memohon secara online melalui Sistem Pengurusan Pekerja
Bangladesh.
“MoU semalam mengandungi syarat yang lebih ketat mengenai pengambilan pekerja Bangladesh termasuk dari segi rekod jenayah dan saringan kesihatan, bagi tempoh lima tahun.
MoU semalam juga tidak mengandungi apa-apa angka,” katanya pada sidang
media di sini, pagi ini. Semalam, akhbar tempatan Bangladesh melaporkan
Malaysia dan Bangladesh memeterai MoU di Dhaka, untuk membawa masuk 1.5
juta pekerja dari negara itu ke Malaysia secara berperingkat dalam
tempoh tiga tahun.
Perjanjian itu ditandatangani antara Richard dan Menteri Kebajikan
Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam. Richard
berkata, pihaknya masih belum mempunyai jumlah pekerja asing yang
diperlukan di pelbagai sektor di negara ini dan tinjauan mengenainya
sedang dijalankan yang akan siap dalam masa beberapa minggu lagi.
Katanya, ketika ini, negara mempunyai 2.1 juta pekerja asing berdaftar
dengan 282,287 pekerja adalah daripada Bangladesh, dan jumlah pekerja
asing di negara ini tidak boleh melebihi 15 peratus daripada tenaga
kerja yang diperlukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment