Wednesday, February 24, 2016
Bukti Rakyat Kedah Sudah Muak Dengan Mukhriz Mahathir
Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang mahu dinafikan oleh Bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai ‘sokongan’
rakyat terhadapnya yang dikatakan tiada belah bahagi.
Sokongan padu la sangat, tapi kalau poster gambarnya yang digantung
secara terbalik ini apa maknanya pula?? Makna sokongan rakyat Kedah
terhadap Mukhriz kini tunggang terbalik ka macam mana?
Gambar poster Mukhriz yang digantung secara terbalik di sekitar
bandaraya Alor Setar ini sudah cukup membuktikan yang ‘penyokong
Mukhriz’ kini sudah muak dan bosan dengan perangai perasan bagus anak
Mahathir itu.
Iyelaaaaa… Geng pemakan dedak Mukhriz sudah ketandusan sumber. Mukhriz
dah takde, sapa lagi yang nak bagi dorang ‘makan dedak’?? Sebab tu
sekarang ni penyokong Mukhriz tunjukkan belang sebenar. Orang dah jatuh
tersungkur buat apa nak sokong lagi, betul tak??
Itu pun jangan, ada lagi segelintir penyokong yang sanggup mati demi
Mukhriz menuduh tindakan menggantungkan gambar Mukhriz secara terbalik
tersebut adalah perbuatan orang-orang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Bashah. Cehhhhhhh, padahal memang penyokong Mukhriz yang buat sebab dah
'fedup' dengan cakap kosong si boboi tu.
Macai yang dok makan dedak kini kelaparan sebab sumber dedak dah habis,
sebab tu kini dorang sedar sapa sebenarnya pemimpin yang lebih layak
memerintah. Mungkin mereka sudah malas nak layan wayang pacak yang
dipersembahkan Mukhriz.
Korang yang sibuk-sibuk nak mempertahankan Mukhriz ni apa yang korang
dapat ehhhh?? Kesian dekat korang kan, sebab korang susah payah dekat
sini tapi Mukhriz bukan main seronok lagi bercuti kat luar negara dengan
family dia.. Hahahaha! Padan muka korang.
Konon penyokong setia la sangat kan…. Puihhhhhh! Mukhriz pernah ke fikir
pasal korang?? Takde pun kan… Habis kuat buat video selfie, lepas tu
muatnaik di Instagram. Lepas tu mengaku kononnya pemimpin berjiwa rakyat
yang prihatinkan kesusahan yang di alami rakyat. Tulis ayat-ayat sedih
sikit, ayat minta simpati dari rakyat.. Hahahah, kesiannya.
Padahal dia tak tahu yang rakyat Kedah dah mula meluat, sebab Mukhriz
dan family dia sampai sekarang tak boleh terima kenyataan yang boboi ni
bukan lagi Menteri Besar Kedah.. Hahahah..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment