Monday, February 22, 2016

Ustaz Ke Macam Ni?? Polis Trafik Digelar Bodoh !!!

Zaman sekarang ni penceramah bukannya boleh dipercayai seratus peratus. Bukannya semua penceramah ni tak betul, tapi ada sesetengahnya yang terlalu merapu isi kandungan yang disampaikan. Kadang-kadang tu terpesong terus dari topik asal.

Seorang penceramah agama ini melepaskan marahnya kepada anggota polis trafik sehingga menghemburkan kata-kata yang kurang enak didengari. Ehhhhh, itu ceramah agama atau ceramah memaki hamun pihak polis?? Hairan!

Tidak pasti tarikh dan masa ceramah ini disampaikan, tetapi jelas kedengaran rasa tidak puas hati penceramah tersebut kepada polis trafik yang melakukan tugasan. Marah sangat ni kenapa?? Penceramah ni bengang atas tindakan polis trafik yang menjalankan tugas bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan.
Ehhh, itu kan memang kerja diaorang bagi membendung salah laku pengguna jalan raya. Kenapa nak kecoh sangat? Penceramah tersebut siap menggelarkan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.

Ehhhh, mana tahu yang polis trafik tu tak solat?? Ker si penceramah tu tak solat sekali, sebab tu dia tahu yang polis trafik tu tak solat Jumaat. Entah-entah masa polis trafik tu buat kerja dia lari sekejap pergi solat Jumaat, lepas tu sambung balik buat kerja mana tahu kan. Tak pasal-pasal dah tabur fitnah.

Penceramah apa macam tu?? Diaorang tu suci bersih murni sangat ke yang suka-suka hati caci maki kerja orang? Siap sifatkan gaji yang diperolehi oleh polis trafik tersebut haram hanya disebabkan tak pergi solat Jumaat. Habis gaji dorang halal ke, sebab bagi ceramah mengutuk pekerjaan orang lain??
macam dia pula Tuhan.., suka-suka hati jatuh hukum orang itu tidak alim. Mana tahu dia solat tak pernah tinggal, dan tak kutuk orang macam penceramah agama ni. Bagi kita, ini bukan ceramah agama yang sepatutnya.

Kalau dulu nama je ceramah agama mesti pasal hukum hakam agama je, tak pernah sangkut langsung pasal isu negara atau politik. Tapi penceramah sekarang semua dicampur adukkan. Siap isu politik dimasukkan dalam ceramah agama lagi. Nauzubillah!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment