Tuesday, February 23, 2016
40 Tahun Najib Bukan Nak Bermegah Tapi Jawapan Kenapa Beliau Masih Ditempatnya
Mesej dari sambutan ulang tahun Datuk
Seri Najib Tun Razak 40 tahun dalam politik Sabtu lepas, bukan nak
megah-megah. Nak megah apa pulak, beliau memang dah di kerusi nombor
satu pun – kerusi yang puak-puak DAP, PKR, PAS idam-idam sangat tu.
Lagipun megah macam mana bila sambutan
diiring dengan kenduri kesyukuran, itu megah?
Lainlah kalau buat majlis
gilang gemilang pakai tuksedo, yang bini terbelah kain dari bawah
membawak ke tengah, itu barulah bermegah.
Sambutan itu sebenarnya adalah jawapan
kepada semua persoalan musuh-musuhnya kenapa Najib masih lagi Perdana
Menteri sampai sekarang, tak jatuh-jatuh walaupun pelbagai dugaan
dihumban ke bahunya – pengalamannya (disamping izin Allah swt jugalah
adanya).
Untuk perbandingan, seteru terkuat
beliau sedang menjalani hukuman penjara kerana ‘menala’ belakang anak
muda, yang beliau masih disini.
40 tahun nak cerita ni, bukan 4 tahun.
Itu yang jadi pelik macam mana ada bekas anak muda umur 40 tahun cuba
nak mencabar beliau tu, bagi gelak orang sajalah. Kawan tu 40 tahun
pengalaman sedangkan awak baru 40 tahun umur – masih pakai lampin, Najib
jadi Ahli Parlimen dah.
Anwar pun, bila nak tahu akan kalah
dalam PRU13, cepat-cepat hantar orang hubungan untuk adakan kerajaan
Konsensus Nasional dengan Najib. Habis semua sekutunya dibelakangkan
demi nak selamat tengkuk sendiri dengan mengadakan kerjasama rahsia
dengan Najib, tapi Najib tunjuk beliau bukan semalam lahir, tak jadi
juga apa yang dirancang Anwar itu – pengalaman lagi.
Itu Anwar tu, 90% dari kejayaannya dalam
politik adalah dengan ‘menikam’ orang dari belakang – metafora politik
dan realiti, pun kalah dengan pengalaman Najib.
Mesejnya, dalam politik inilah antara
faktor terpenting, pengalaman – sekalipun kelulusan tidak dinafikan
kurang penting juga. Universiti mana pun tak ajar cara-cara
mengendalikan pergolakan politik dan cabaran mentadbir sebuah negara,
tapi universiti pengalaman itulah yang adanya pun.
Walaupun perjalanan Najib sebagai orang
politik banyak dimudahkan dengan legasi yang diwarisinya, tapi beza
beliau dengan legasi-legasi yang terkemudian ini ialah, beliau
memperolehinya setelah almarhum ayahandanya tiada lagi di dunia ini,
bukan semasa masih hidup.
Jatuh bangun beliau adalah atas usahanya
sendiri. Nak jadi Menteri ka, nak jadi Timbalan Menteri ka, waima masa
jadi Menteri Besar pun, takda siapa bisik kat telinga Perdana Menteri
ketika itu minta diberikan jawatan itu dan ini, bukan macam kat Kedah
dulu tu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment