Monday, February 22, 2016
Jika Begini Caranya Bukanlah Ustaz.... Laporan Polis Dibuat Terhadap Ustaz Menghina Polis Trafik
Satu laporan polls dibuat terhadap seorang ustaz yang mengeluarkan
kenyataan menghina dan mengaibkan pasukan polls trafik dalam ceramahnya
yang tersebar di media sosial sejak kelmarin.
Menerusi klip video berdurasi 50 saat itu, ustaz terbabit menggunakan
kata-kata kesat dalam ceramahnya seperti bodoh dan bahlul, selain
menuduh anggota trafik makan gaji haram kerana tidak solat Jumaat dan
'sibuk' membuat operasi sekatan jalan raya dan perangkap had laju.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata laporan itu
dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
"Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Terkelas (UST) Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 504
Kanun Keseksaan atas kesalahan menghina dan mengaibkan," katanya kepada media.
Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nadzri
Hussain, berkata dakwaan ustaz itu kononnya anggota trafik tidak
menunaikan solat Jumaat adalah tidak berasas.
Contohnya di ibu negara, katanya, walaupun sibuk mengendalikan kawalan
trafik dan lalu lintas, la tidak menghalang mana-mana pegawai dan
anggota trafik menunaikan solat Jumaat.
"Setiap warga trafik di ibu negara tidak pernah diarahkan untuk
menjalankan tugas penguatkuasaan seperti operasi sekatan jalan raya dan
perangkap had laju trafik ketika waktu solat Jumaat.
"Meskipun ramai pegawai dan anggota beragama Islam yang menjaga aliran
trafik, mereka tidak pemah mengabaikan kewajipan sebagai seorang Islam.
"Malah, kita menempatkan pegawai dan anggota wanita atau mereka yang
bukan beragama Islam untuk penugasan di pondok trafik dan kaunter
membuat laporan berhubung kejadian kemalangan dan saman," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment