Wednesday, February 24, 2016

Muhyiddin Jangan Bersikap Seperti Anjing

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/nazri-aziz_muhyiddin_600.jpg
Rasanya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah temui lawan yang sebenar. Jika sebelum ini Muhyiddin sibuk menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mangsanya hanya berdiam diri sahaja. Haaaa.. Kali ini menteri kabinet Najib tolong jawabkan.

Buku sudah bertemu ruas…. Agak korang Muhyiddin berani ke nak hadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz?? Berani lagi ke Muhyiddin nak hentam Najib dan berhadapan dengan Nazri yang berani dan cakap main lepas je ni??

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri, dia memberi amaran keras kepada Muhyiddin supaya jangan menjadi seperti anjing dan jangan bersikap seperti anjing yang hanya tahu untuk menggigit kaki. Betul sangat la apa yang dia kata tu, jangan hanya tahu menyalak macam anjing.

“Kita kena concentrate sebagai satu pasukan membantu presiden untuk membantu rakyat,

“Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing dok gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah” tegas Nazri.

Tambah Nazri, jika Muhyiddin sudah tidak mampu untuk memberi sokongan penuh kepada presiden UMNO, sudah tidak mampu untuk menabur bakti sebagai Timbalan Presiden UMNO, jalan yang terbaik adalah melepaskan jawatan yang disandangnya itu.

Muhyiddin patut sedar kenapa menteri-menteri Kabinet memilihnya sebagai Timbalan Presiden UMNO dahulu, sebab dia dilihat mampu untuk membantu presiden. Tapi kalau sekarang sudah tidak mampu membantu presiden, apa lagi.., berambus jela.

Muhyiddin jangan rasa dia sorang je yang hebat, jangan ingat yang dia sorang je yang betul dalam semua perkara sehingga dengan sewenang-wenangnya menghentam dan mengkritik orang lain. Mungkin dia sudah lupa diri, lupa daratan dan lupa di mana tempat yang dia pijak sekarang ni.

Ehhhh, helloooo… Nak cakap yang dia sorang jer ke yang bagus dan mulia di mata rakyat?? Dia sorang jer ke yang memperjuangkan kebajikan rakyat, habis pemimpin lain buat apa selama ni?? Buat wayang Cina ke??

Muhyiddin harus ingat, bahawa bukan dia seorang sahaja pemimpin yang membawa suara rakyat. Bukan dia sorang je pemimpin yang mahu memperjuangkan hak-hak rakyat dan mahu membela nasib rakyat.

“Kalau dia (Muhyiddin) bagitahu bahawa dia buat ini atas kepentingan rakyat, apa?? Dia fikir Tuhan hantar dia turun ke bumi ni dia seorang ja mewakili rakyat?

“Kalau dia kata dia buat semua ini sebab takutkan Tuhan, apakah dia hendak menyatakan bahawa saya tidak takut Tuhan?” soal Nazri lagi dengan nada keras.

Betul jugak kan, kadang-kadang Muhyiddin ni cakap tak pakai otak juga.., itu pun jangan nak menghentam orang lain. Ingat diri tu bagus sangat sampai cakap yang dia sorang je yang mewakili rakyat, dia sorang je yang takut Tuhan. Habis dia ingat orang lain tak takut Tuhan ke?? Amboiiiii, buat macam banyak sangat jasanya kepada rakyat.

Muhyiddin patut sedar diri dan jangan terlalu sombong! Kalau sudah tidak mampu untuk tolong presiden dipersilakan keluar, jangan sampai orang usir baru nak menangis macam anak kecil minta simpati.

Kalau nak berlawan dengan Nazri, silakan.. Nazri memang tidak kisah, Nazri gentleman kot!! On saja!! Siap nak usulkan perkara ini ke Lembaga Disiplin.. Biar dia kena gantung jawatannya tu.

Kalau dah spesis tak sedar diri ni susah jugak kan, disebabkan dia Timbalan Presiden dia nak angkuh merasakan dirinya hebat.. Hebat sangat ke?? Perasan je lebih!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment