Monday, February 22, 2016
Apalah Yang Sangat Marah Azmin Di Mata Guan Eng….
Sekiranya dirujuk pada kenyataan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri
Azmin Ali, kedengarannya sungguh tegas dan garang terhadap Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menamatkan khidmat dua Adun PKR di
beberapa GLC di pulau mutiara itu.
‘Menyinga’ atau ‘mengharimau’, lagak Azmin hinggakan beliau mahu
mengutus sepucuk surat kepada Guan Eng menyatakan ketidakpuasan hatinya
dan membantah tindakan Setiausaha Agung DAP itu terhadap Adun-Adun PKR
di negeri tersebut.
Namun apakah ramai yang fikir ‘auman’ dari Azmin itu mampu mengubah
pendirian dan keputusan yang dibuat Guan Eng terhadap Ong Chin Wen dan
Cheah Kah Peng?
Chin Wen dan Kah Peng jelas telah menyatakan pendirian mereka enggan
menyokong Guan Eng berkenaan isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600
hektar berhampiran muara Sungai Pinang yang dibahaskan di dalam sidang
Dun Pulau Pinang tahun lalu.
Tindakan tersebut dikatakan telah menyebabkan maruah Guan Eng tercalar.
Bukan hanya Chin Weng dan Kah Peng yang sama pendirian, malah tiga lagi
Adun PKR, Lee Khai Loon, Dr T Jayabalan, dan Dr Norlela Ariffin juga
senada.
Mereka tidak beri ‘muka’ pada Guan Eng di khalayak ramai dan di mana
Guan Eng hendak letakkan ‘muka tebal’ beliau akibat insiden memalukan
itu?
Guan Eng sudah menamatkan khidmat dua Adun PKR itu. Dalam bahasa lain,
kedua Adun PKR itu sudah ‘dipecat’ atau ‘dibuang’ dari jawatan
masing-masing dalam GLC Kerajaan DAP Pulau Pinang. Azmin perlu jelas
tentang ‘Kerajaan DAP’ Negeri Pulau Pinang.
‘Nasi sudah menjadi bubur’. Apakah Guan Eng sanggup menarik balik
keputusan menamatkan khidmat dua Adun itu? Beliau sudah dimalukan sekali
di dalam sidang Dun yang dikuasainya, apakah Ketua Menteri DAP itu
sanggup dimalukan sekali lagi?
Jadi, Azmin boleh ‘simpan’ marah atau tegasnya di dalam ‘peti sejuk’.
Tindakan mengundur ke belakang mungkin dipercayai mampu menjadikan nasib
Guan Eng ‘suwey’ di sepanjang tahun baru Cina, tahun monyet ini.
Memang mungkin itu ‘protokol’ DAP. Mungkin memegang jawatan tertinggi
menandakan mereka mempunyai kuasa mutlak. Sebarang surat menyurat adalah
berkemungkinan besar tidak akan dilayan. Budaya itu mungkin berbeza
dengan sikap orang Melayu yang sering bertolak ansur dengan konsep ‘tak
apa’…
Jadi saranan kita ini kepada Azmin, beliau sewajarnya ‘mengadu’ kepada
‘abang besar’nya yang menghuni sel di penjara Sungai Buloh. Mungkin
Ketua Umum PKR itu boleh mengutus surat dari penjara untuk mendesak Guan
Eng ‘memberi muka’ kepada beliau.
Walau pun berstatus ‘banduan’, kita yakin Guan Eng perlu ‘beri muka’
kepada Anwar kerana taraf dan ‘makam’ beliau yang merupakan ‘Perdana
Menteri kabinet bayangan’. Harap Azmin notakan cadangan kita dalam
mesyuarat PKR nanti…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment