Wednesday, February 24, 2016

Sejauh Mana Kebenaran Dakwaan Nazri Aziz 'Kaki Bodek'??

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/NAZRI_AZIZ_PARLIAMENT_20150610_TMIKAMAL_ARIFFIN_01.jpg
Benarkah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebenarnya seorang kaki ampu, kaki bodek, kaki kipas dan sebagainya?? Benarkah selama ini Nazri ikut bontot dan jilat kaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.??

Dakwaan liar tersebut datang dari Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) yang membidas kenyataan Nazri, berhubung mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin suatu ketika dahulu.

Ehhhh, benarkah Nazri yang ‘tolong’ kipas perdana menteri supaya memecat Muhyiddin jika dia enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela. Atau sebenarnya memang salah Muhyiddin pun kerana kebiadapannya yang menikam belakang dan menjadi musuh dalam selimut dalam parti UMNO, ekoran kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.

“Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden UMNO.

“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau,” kata kenyataan itu.

Melampau atau sememangnya kenyataan yang benar?? Tindakan Muhyiddin sememangnya keterlaluan dan bukannya menjadi mangsa keadaan. Atau sebenarnya gerakan anti perdana menteri ini dibayar untuk memburukkan nama anggota-anggota UMNO?

Tuduhan tidak muhasabah turut dilemparkan apabila mereka menggelarkan Nazri sebagai sampah dalam parti UMNO, perosak dan penambah masalah dalam parti. Setiap tindak tanduk dan perjuangannya hanya untuk mendapatkan ganjaran serta habuan.

“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.Tindakan Nazri ini sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu,” dakwanya.

Kutukan terhadap Nazri tidak terhenti disitu sahaja, malah mereka menyifatkan Nazri sebagai anggota UMNO paling tidak berguna dan tiada fungsi sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri, selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Selama Nazri menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

“Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak,” ujarnya lagi.

Sejauh mana kebenaran dakwaan geng anti perdana menteri ni?? Apa bukti yang menyatakan Nazri paling tidak berguna dalam UMNO? Apa bukti dia kaki ampu dan kaki bodek. Boleh korang sebutkan tak?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment