Tuesday, February 23, 2016
Tolak Secara Total Tukang Karut Dan Pakar Ekonomi Segera – Prof Hanafiah
KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Prof. Madya Hanafiah Harun menyeru rakyat agar tidak terpengaruh
dengan andaian pakar-pakar ekonomi segera dan tukang-tukang karut di
dalam media sosial termasuklah yang terdiri daripada kepimpinan
pembangkang yang mendakwa ekonomi negara semakin teruk.
Menurut beliau, hari ini terlalu ramai pakar ekonomi segera dan
tukang-tukang karut yang mendendangkan cerita-cerita rekaan tanpa
berdasarkan fakta-fakta sebenar, dalam isu-isu ekonomi negara yang
disebarkan melalui media sosial di negara ini.
“Hari ini masih ada lagi tukang-tukang karut yang cuba
menakut-nakutkan rakyat dengan menyebarkan fakta-fakta ekonomi negara
yang tidak benar. Padahal hakikatnya hari ini, keadaan ekonomi negara
bertambah baik jika berdasarkan laporan Bank Dunia di mana mereka
menjangkakan KDNK kita berada di paras yang masih baik tahun ini.
“Begitu
juga nilai ringgit kita yang semakin memperlihatkan pengukuhannya
merupakan antara- tanda-tanda bahawa ekonomi negara masih dalam keadaan
yang stabil biarpun keadaan ekonomi dunia yang sedikit lembab hari ini.
“Jadi saya nak nasihatkanlah kepada rakyat Malaysia agar mengambil
informasi daripada mereka yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut.
Jangan mudah percaya kepada tukang-tukang karut yang cuba menjaja
cerita-cerita rekaan yang disensasikan dengan tujuan tertentu. Tukang
karut ini sekadar untuk menghiburkan saja, tidak lebih dari itu,”
jelasnya kepada media di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut membidas ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang tidak berdasarkan
fakta sebenar sehingga menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan
rakyat.
“Contoh macam isu Tabung Haji baru-baru ini. Rafizi heboh mengatakan
bahawa keadaan kewangan Tabung Haji goyah dan sebagainya, hingga ada
segelintir umat Islam yang terpengaruh sehingga mengeluarkan simpanan
wang mereka dari institusi Islam tersebut.
“Tetapi kita lihat Rafizi sendiri tidak mengeluarkan simpanannya yang
hampir setengah juta itu. Jika dia tidak yakin dengan kemampuan
kewangan Tabung Haji, mengapa beliau masih menyimpan wang di situ?
Sepatutnya dialah orang yang terawal mengeluarkan simpanannya dari
Tabung Haji.
“Sebab itu saya katakan, kita jangan mudah terpedaya dan terpercaya
dengan orang-orang seperti ini. Mereka bukan pakar dalam bidang ekonomi.
Mereka adalah ahli politik dan mereka pakar dalam bidang mereka.
Ekonomi bukan kepakaran mereka.
“Jadi adalah lebih baik kita ambil info daripada mereka yang
benar-benar pakar, bukannya daripada pakar ekonomi segera separuh masak
dan tukang-tukang karut di dalam media sosial,” ujarnya.
Akhir tahun lalu, Pengarah Serantau Bank Dunia Bagi Asia Tenggara,
Dr. Ulrich Zachau menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia
akan mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada tahun ini serta tahun depan,
satu semakan semula berdasarkan data perdagangan yang semakin baik.
Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia mengunjurkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal pada 4.7 peratus pada 2015 dan
merosot kepada 4.5 peratus pada 2016, prestasi yang mencerminkan
kelembapan permintaan domestik pada 2015 berikutan keadaan fiskal lebih
ketat yang dijangka berterusan pada 2016 dan 2017.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment