Wednesday, February 24, 2016
Nazri Seorang Pemimpin Yang Patut Dicontohi
Tindakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dengan beraninya
mempertahankan pucuk kepimpinan teratas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak daripada segala kritikan dan kutukan wajar dijadikan sebagai
contoh. Nazri sememangnya sesuai dijadikan teladan kepada
pemimpin-pemimpin yang lain.
Selain mempertahankan Perdana Menteri, Nazri juga menghentam hebat Bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkelakuan
biadap dan keterlaluan terhadap pucuk pimpinan teratas.
Walaupun ramai penyangak-penyangak pemimpin UMNO yang cemburu dengan
kesetiaan dan keberanian yang ditunjukkan Nazri. Namun dia tetap dengan
pendiriannya mahu mempertahankan bosnya.
Secara terus-terusan Nazri mendesak supaya Muhyiddin melepaskan
jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mana tidaknya, kalau
Muhyiddin hanya mampu membusuk dalam parti baik dia keluar sahaja…
Kehadirannya bukan memudahkan, malah merumitkan lagi keadaan kerana
tindakannya yang terus mengkritik Najib.
Keberanian Nazri lebih terserlah apabila dia bersedia untuk membuat usul
pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan datang supaya Muhyiddin
digantung jawatan Timbalan Presiden. Nazri sememangnya seorang yang
hebat dan berpendirian tinggi, tiada siapa mampu menidakkan kenyataan
tersebut.
Langsung tidak hairan sekiranya pendirian yang diutarakannya bakal
dikecam atau dirinya bakal dihina. Langsung tidak terkesan bagi diri
dia… Sikap berani Nazri itu sampaikan Lim Kit Siang pernah digelar “otak
bodoh”, “otak benak”, “bohong” dan yang paling best “pondan”.
Ahli parlimen yang lain mampu ke jadi sehebat Nazri?? Kalau setakat
hebat di luar dewan sahaja baik tak payah. Kalau setakat hanya di luar
dewan je berani nak kutuk, menghentam dan mengkritik buat apa. Bila
jumpa secara berdepan kecut perut.
Nazri merupakan contoh seorang pemimpin yang setia dan baik, kerana
bermati-matian membela nama bosnya. Kalau anak buah sendiri nak makan
bos, apa cerita! Setakat ahli pemimpin lain hanya mampu berdiam diri
sebab risau akan kedudukannya, itu bukan pemimpin yang baik.
Membela ketua bukan bermaksud “menjilat”, “kaki ampu” mahupun “kaki
bodek”. Membela ketua bermakna kita benar-benar memperjuangkan matlamat,
dan memang menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada
ketua disaat mereka diuji dan diasak..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment